Crutchlow Kuasai Litar Brno

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 7:28 AM

Cal Crutchlow muncul juara di GP Republik Czech.

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Britain, Cal Crutchlow daripada pasukan Honda meraih gelaran sulung MotoGP apabila muncul juara Grand Prix (GP) Republik Czech di Brno pada Ahad.

Curthlow menamatkan perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan hujan dengan catatan masa 47 minit 44.290 saat.

Legenda Itali, Velentino Rossi pula meraih tempat kedua bersama jentera Yamaha selepas ketinggalan lebih tujuh saat di belakang Crutchlow.

Dia mengatasi pendahulu keseluruhan, Marc Marquez yang menamatkan saingan di tempat ketiga.

Dengan berbaki tujuh perlumbaan musim ini, keputusan itu menyaksikan Marquez kekal di tangga teratas dengan 197 mata, 53 mata berkelebihan di depan Rossi.

Juara dunia bertahan, Jorge Lorenzo ke tangga ketiga keseluruhan dengan 138 mata selepas sekadar menamatkan saingan di tempat ke-17.

"Kami melakukan yang terbaik hari ini , saya sangat gembira dengan pasukan saya.

"Saya merosakkan jentera saya semalam (Sabtu) dan secara jujurnya, mereka tidak meninggalkan litar sehingga tengah malam. Ini adalah cara terbaik (muncul juara) untuk membalas usaha mereka," Crutchlow.

Bagaimanapun, pelumba berusia 30 tahun yang mencium telefon bimbitnya selepas menghubungi isterinya yang melahirkan anak sulung mereka pada 2 Ogos lalu mengakui kemenangan dalam perlumbaan MotoGP bukanlah segala-galanya.

"Saya menjangkakan perasaan yang berbeza tetapi dengan Lucy melahirkan anak kami minggu sebelum ini, ia adalah perasaan yang terbaik di dunia.

"Jangan silap dengan kenyataan saya ini, memenangi perlumbaan adalah menakjubkan tetapi saya mendapat hadiah yang lebih istimewa beberapa minggu lalu," katanya.

Keputusan GP Republik Czech 

1. Cal Crutchlow (Britain/Honda) 47 minit 44.290 saat

2. Valentino Rossi (Itali/Yamaha) +7.298sec 

3. Marc Marquez (ESP/Honda) +9.587 

4. Loris Baz (Perancis/Ducati) +12.558 

5. Hector Barbera (Sepanyol/Ducati) +13.093 

6. Eugene Laverty (Ireland/Ducati) +13.812 

7. Danilo Petrucci (Itali/Ducati) +23.414 

8. Andrea Iannone (Itali/Ducati) +24.562 

9. Maverick Vinales (Sepanyol/Suzuki) +24.581 

10. Tito Rabat (Sepanyol/Honda) +37.131

Tags / Kata Kunci: Cal Crutchlow , GP Republik Czech

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan