Mercedes Tiada Saingan Buat F1 Semakin Hambar - Button

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

JENSON Button percaya aksi Formula 1 semakin suram apabila secara jelas tidak ada pasukan yang mampu bersaing dengan Mercedes dalam tempoh dua tahun setengah.

Bagi Button dia tidak hairan sekiranya Lewis Hamilton atau Nico Rosberg merangkul gelaran tahun ini  berdasarkan keputusan semasa yang menyaksikan Mercedes sedang menuju kejayaan kejuaraan dunia  buat kali ketiga berturut-turut bagi kategori pelumba dan pengeluar.

"Kami tidak terlibat dengan persaingan. Ia bukan pertandingan yang membuatkan apa-apa perbezaan dalam semua situasi - siapa menang atau tidak.

"Bagi saya, apa yang penting adalah terdapat pasukan yang terlibat dengan saingan di barisan hadapan kerana setakat ini hanya dua pelumba bersama jentera yang sama berada di depan dan ia bukanlah apa yang sukan ini mahukan.

"Ia memerlukan penglibatan oleh pengeluar dan pasukan, namun kita membiarkan sukan ini hambar kerana tidak melakukan tugas dengan baik.

"Inilah yang kita tidak ada semenjak tiga tahun lalu, jadi kami berharap terdapat kelainan pada masa akan datang," jelas pelumba McLaren itu.

Button berharap, perubahan peraturan musim depan boleh memainkan peranan untuk membenarkan pesaing Mercedes mampu merebut peluang berada di tahap yang sama.

"Apa syarat yang telah membuatkan mereka terlalu bagus? Saya tidak tahu. Saya fikir jika kami semua tahu, kami akan menjadi pasukan hebat seperti mereka.

"Mereka mempunyai ramai individu berbakat, dan mungkin peraturan yang ada sekarang sesuai dengan kehendak pasukan tersebut.  

Button kini berada di kedudukan ke-15 keseluruhan pelumba dengan 17 mata selepas mengharungi 12 aksi, jauh ketinggalan dengan Hamilton yang menguasai posisi yang mengumpul 217 mata.

Pusingan 13 F1 bakal diteruskan pada Grand Prix Belgium pada 28 Ogos ini.

Tags / Kata Kunci: Jenson Button , McLaren

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan