GP Jerman: Rosberg Paling Laju Pusingan Kelayakan

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Mercedes, Nico Rosberg menyambar petak pertama pada saingan kelayakan Formula Satu Grand Prix Jerman, pada Sabtu.

Penguasaan di petak pertama itu menyaksikan aksi terbaik pelumba kelahiran Jerman itu berbanding rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang ketinggalan dalam tiga sesi latihan bebas sebelum itu.

Biarpun mengalami masalah elektrik jenteranya ketika pusingan pertama kelayakan itu, Rosberg tidak mengalah dan terus mencuba memintas pelumba-pelumba lain sebelum menamatkan lap terakhir di barisan hadapan di Litar Hockenheim itu.

Catatan terpantas 1:14.363 ini menjadikan Rosberg menguasai petak pertama buat kali kedua berturut-turut selepas saingan di Hungary minggu lalu.

"Perlumbaan yang sangat menarik apabila bersaing dengan Lewis dan Red Bull," ujar Rosberg.

Manakala Hamilton mengakui tidak melakukan yang terbaik pada lap terakhir sehingga ketinggalan di belakang Rosberg.


Senarai penuh keputusan kelayakan dan kedudukan petak pelumba:


1 Rosberg (Ger) Mercedes 1min 14.363s

2 Hamilton (Gbr) Mercedes 1:14.470

3 Ricciardo (Aus) Red Bull 1:14.726

4 Verstappen (Hol) Red Bull 1:14.834

5 Raikkonen (Fin) Ferrari 1:15.142

6 Vettel (Ger) Ferrari 1:15.315

7 Hulkenberg (Ger) Force India 1:15.510

8 Bottas (Fin) Williams 1:15.530

9 Perez (Mex) Force India 1:15.537

10 Massa (Bra) Williams 1:15.615

11 Gutierrez (Mex) Haas 1:15.883

12 Button (Gbr) McLaren 1:15.909

13 Sainz (Spa) Toro Rosso 1:15.989

14 Alonso (Spa) McLaren 1:16.041

15 Grosjean (Fra) Haas 1:16.086

16 Palmer (Gbr) Renault 1:16.665

17 Magnussen (Den) Renault 1:16.716

18 Wehrlein (Ger) Manor 1:16.717

19 Kvyat (Rus) Toro Rosso 1:16.876

20 Haryanto (Ina) Manor 1:16.977

21 Nasr (Bra) Sauber 1:17.123

22 Ericsson (Swe) Sauber 1:17.238

Tags / Kata Kunci: Rosberg terpantas , petak pertama , Jerman

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan