Khairul Idham Beri Sokongan Kepada Adik Di Teluk Intan

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 7:14 PM

Khairul mencium adiknya sebagai sokongan pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Teluk Intan.

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menggunakan cuti rehat saingan Grand Prix Dunia (MotoGP) untuk melatih adiknya, Anuar Ibrahim Pawi sebagai persediaan bagi menghadapi perlumbaan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang berlangsung di Teluk Intan pada 30 dan 31 Julai ini.

Pulang dengan rekod kemenangan kedua saingan Moto3 di Jerman, Khairul meluangkan masa menjalani latihan di litar bersama Anuar.

"Ketika kebanyakan rakan-rakan saya berehat seketika dari perlumbaan, saya memilih untuk terus bekerja keras bersama-sama adik saya. Dia menunjukkan keupayaan untuk berada di atas podium namun perlu lebih konsisten.

"Di samping melatih dia, saya juga dapat menggunakan peluang ini untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal saya," jelas Khairul yang memegang rekod sebagai pelumba pertama negara yang berjaya menjuarai perlumbaan di MotoGP.

Anuar, 16 tahun turut mengikut jejak langkah Khairul apabila kini beraksi dalam kategori Wira bersama pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, pasukan yang membantu mengembangkan bakat Khairul di pentas perlumbaan tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa pada Khamis.

Selepas empat pusingan, Anuar berada di kedudukan ke-13 namun berjaya meraih kedudukan podium pada perlumbaan pusingan kedua di Batu Kawan, April lepas.

"Memandangkan perlumbaan minggu ini berlangsung ketika saya sedang bercuti, saya mengambil keputusan untuk memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada Anuar.

"Saya juga rindukan ikatan kekeluargaan di Cub Prix dan pada masa sama juga gembira untuk bertemu dengan peminat di Perak. Perlumbaan minggu ini berlangsung tidak jauh dari rumah saya.

"Boleh dikatakan Teluk Intan ini merupakan halaman kami sendiri," kata Khairul.

Tags / Kata Kunci: Khairul Idham Pawi , Moto3

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan