F1: Rosberg Raih Petak Pertama Di Litar Hungaroring

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 11:09 PM

(Ubah saiz teks)

PENDAHULU kedudukan pelumba Formula Satu, Nico Rosberg berjaya meraih petak pertama pada pusingan kelayakan Grand Prix Hungary, Sabtu malam.

Pelumba Mercedes itu terpaksa bersaing dengan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton pada lap terakhir aksi kelayakan di Litar Hungaroring itu.

Hujan lebat yang melanda pada sesi kelayakan itu menyaksikan beberapa kemalangan berlaku dengan empat bendera merah dikibarkan.

Sementara itu, pelumna Red Bull, Daniel Ricciardo menguasai petak ketiga dengan meninggalkan rakan sepasukannya Max Verstappen.

Manakala pelumba Ferrari, Sebastian Vettel terpaksa berpuas hati di kedudukan kelima, diikuti Carlos Sainz (Toro Rosso) dan ketujuh Fernando Alonso dari pasukan McLaren.

Rosberg (tengah), bersama Hamilton dan Ricciardo (kanan) selepas aksi kelayakan Sabtu malam.

"Susah pasti terdapat dua kibaran bendera kuning (ketika dua lap terakhir) yang menyebabkan saya  hilang banyak masa di situ," jelas Rosberg yang terpaksa memperlahankan jenteranya selepas jentera Fernando Alondo mengalami masalah menghalang laluannya.

Peluang berada di petak pertama ini memberi peluang kepada Rosberg untuk mencatat kemenangan sulung di Budapest ini.

Manakala Hamilton pula mengintai trofi kelima GP Hungary biarpun berada di belakang Rosberg pada pusingan akhir Ahad malam.


Senarai penuh keputusan kelayakan dan kedudukan pelumba:

1. Nico Rosberg, Mercedes, 1:19.965

2. Lewis Hamilton, Mercedes, 1:20.108

3. Daniel Ricciardo, Red Bull, 1:20.280

4. Max Verstappen, Red Bull, 1:20.557

5. Sebastian Vettel, Ferrari, 1:20.874

6. Carlos Sainz, Toro Rosso, 1:21.131

7. Fernando Alonso, McLaren, 1:21.211

8. Jenson Button, McLaren, 1:21.597

9. Nico Hulkenberg, Force India, 1:21.823

10. Valtteri Bottas, Willaims, 1:22.182

11. Romain Grosjean, Haas, 1:24.941 

12. Daniil Kvyat, Toro Rosso, 1:25.301

13. Sergio Perez, Force India, 1:25.416

14. Kimi Raikkonen, Ferrari, 1:25.435

15. Esteban Gutierrez, Haas, 1:26.189

16. Felipe Nasr, Sauber, 1:27.063

17. Jolyon Palmer, Renault, 1:43.965

18. Felipe Massa, Williams, 1:43.999

19. Kevin Magnussen, Renault, 1:44.543

20. Marcus Ericsson, Sauber, 1:46.984

21. Pascal Wehrlein, Manor, 1:47.343

22. Rio Haryanto, Manor, 1:50.189
Tags / Kata Kunci: F1 , GP Hungary , NIco Rosberg

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan