Bukan Menang Kerana Nasib - Khairul Idham

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 7:04 AM

Khairul Idham menjulang piala kemenangan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba negara, Khairul Idham Pawi menegaskan dua kejayaannya meraih podium Moto3 pada Kejohonan Motosikal Dunia di German dan Argentina baru-baru ini, bukan atas faktor nasib semata-mata.

Khairul Idham, 17, berkata beliau mengakui bukan senang untuk muncul juara dalam satu-satu perlumbaan, apatah lagi terpaksa bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih hebat.

"Perlumbaan amat sukar, bukan senang nak menang sama ada dalam jalan basah atau kering...kemenangan ini adalah rezeki saya..saya bersyukur," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat.

Ketibaan pelumba yang berasal dari Batu Gajah, Perak dengan penerbangan Malaysia Airlines MH405 dari Dubai itu disambut meriah oleh anggota keluarga serta lebih 100 peminat yang memenuhi ruang menunggu di Balai Ketibaan dengan memegang poster ucapan tahniah.

Kemenangan Khairul Idham atau dikenali Kip pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal German pada 17 Julai lalu adalah yang kedua selepas menawan GP Argentina pada April lalu sehinggakan media melabelkan beliau pakar di litar basah.

Pada masa sama Khairul Idham turut melahirkan ucapan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana telah meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM100,000 untuk membantu melancarkan kariernya.

Bapanya, Pawi Omar sebelum ini dilaporkan meluahkan rasa terkilan berikutan tiada pihak membantu membiayai kos pegawai pengiring untuk anaknya itu sehingga mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri.

Difahamkan, Khairul Idham dijangka berehat lebih seminggu sebelum kembali menyambung menyertai pertandingan Kejohanan MotoGP Dunia pada 9 Ogos ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khairul Idham , Super KIP , moto3

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan