KBS Diminta Bantu Khairul Idham

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 10:59 PM

Khairul Idham Pawi

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diharap dapat membantu mengembangkan bakat Khairul Idham Pawi ke peringkat lebih tinggi selepas memenangi perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Jerman, Ahad lepas.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata anak jati Kampung Gajah, Pasir Salak yang lebih dikenali dengan Kip dan Keon itu, mampu pergi lebih jauh sekiranya KBS membantunya terutama dari segi kewangan.

"Khairul Idham mempunyai potensi besar dalam sukan permotoran dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memberi sokongan kepada anak kelahiran Perak itu yang menjadi kebanggaan negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Lembaga Air Perak di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini memberi insentif sebanyak RM100,000 selepas Khairul Idham, 17, memenangi GP Argentina, April lepas.

"Insentif tersebut sebagai pengiktirafan dan galakan kepada beliau supaya bakatnya terus berkembang dalam sukan permotoran.

"Ia merupakan insentif untuk jangka panjang dan saya yakin dengan insentif tersebut dapat membantu beliau untuk bersaing di peringkat lebih tinggi," katanya.

Dalam perlumbaan Moto3 di Sachsenring pada Ahad lepas, Khairul Idham membuktikan kemampuannya berlumba di atas litar basah apabila memintas satu demi satu pesaingnya selepas memulakan saingan daripada petak ke-20.

Semalam, bapa Khairul Idham, Pawi Omar menyatakan rasa terkilan kerana tiada pihak membantu membiayai kos pegawai pengiring untuk anaknya itu.

Pawi berkata sehingga kini, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring yang menjaga pelumba negara itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan