Najib Ucap Tahniah Kepada Khairul Idham

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 1:07 PM

Khairul Idham Pawi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang meraih kemenangan podium pada perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring, Ahad.

"Tahniah kepada Khairul Idham yang menang perlumbaan Moto3 di Grand Prix Jerman! Teruskan usaha untuk raih banyak lagi kejuaraan dan harumkan nama negara!," kata Najib dalam catatan di laman Twitter Isnin.

Ia merupakan kemenangan kedua buat pelumba berusia 17 tahun yang mewakili Honda Team Asia itu selepas kejayaan di GP Argentina pada April lepas.

Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu membuktikan beliau memang 'Raja Litar Basah' apabila terus memimpin perlumbaan sehingga tamat dengan catatan masa 47 minit 07.763 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pelumba dari Itali, Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini mewakili pasukan Gresini Racing.

Kemenangan itu membolehkan Khairul Idham berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpul 54 mata.

Pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan