Wolff Gembira Lihat Saingan Tanpa Had Rosberg-Hamilton

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 3:38 PM

Hamilton (kiri) dan Rosberg.

(Ubah saiz teks)

TOTO Wolff mendedahkan pihaknya tidak mempunyai sebarang isu dengan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg yang bersaing tanpa sebarang had antara satu sama lain.

Pengarah Eksekutif Mercedes itu juga menganggap ia sebagai bukti dua pemandunya bukan mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai.

Selepas dicabar oleh Ferrari pada saingan di Kanada sebelum ini, juara bertahan kategori pengeluar itu turut melakar sejarah apabila bergelar juara pertama di Litar Baku selepas menduduki petak pertama perlumbaan.

Bagaimanapun aksi Mercedes di Azerbaijan tidak sempurna apabila Hamilton mengalami masalah enjin ketika pusingan kelayakan sekaligus memberi kesan kepada perlumbaan pemandu Britain itu.

"Kami tidak mencapai keputusan maksimum di Baku.




"Di sesetengah litar,  kamu berhadapan dengan cabaran jalan yang lurus sejak awal perlumbaan, dan trek itu sesuai dengan unit kuasa dan kecekapan aerodinamik.

"Jadi kami menerima sedikit kekecewaan di Baku. Namun secara keseluruhan amat positif," jelasnya.

Tambah Wolff: "Pakej kami sangat jelas seperti sebelum ini. Kedua-dua pelumba bersaing antara satu sama lain, kadang kala melebihi had yang ditetapkan.

"Itulah yang kita mahu lihat daripada mereka".


Tags / Kata Kunci: Toto Wolff , Mercedes , Hamilton , Rosberg

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan