F1: Rosberg Pelumba Pertama Raih Petak Hadapan GP Eropah

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 2:59 AM

Rosberg kelihatan gembira selepas menguasai petak pertama pada aksi kelayakan GP Eropah, lewat Sabtu malam

(Ubah saiz teks)

PETAK pertama perlumbaan Grand Prix Eropah di Baku menjadi milik Nico Rosberg selepas mencatat masa terpantas pada saingan kelayakan lewat Sabtu malam.

Rosberg yang kini mengetuai kedudukan teratas senarai pelumba Formula Satu (F1) merekodkan masa 1’42.759s di litar jalan raya baharu yang dianggap mencabar serta penuh ‘helah’ ini.

Pelumba Mercedes kelahiran Jerman itu mengatasi pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang berada di kedudukan kesepuluh selepas insiden melanggar dinding di Turn 10.

Pastinya kemalangan tersebut meranapkan harapan Hamilton untuk melakar rekod sulung untuk berada di petak hadapan selepas menguasai kedudukan pertama dalam dua sesi latihan bebas sebelum ini.

Bendera merah dikibar selepas kemalangan tersebut memberi isyarat Hamilton terkeluar.

“Saya terkeluar. Saya terkeluar dari sesi ini...,” ujar Hamilton.

Hamilton keluar dari jenteranya selepas terbabas melanggar dinding keselamatan di Turn 10.


Hamilton kelihatan keluar dari jenteranya selepas terbabas melanggar dinding keselamatan di Turn 10.

Sementara itu, pelumba Force India, Sergio Perez berada di petak kedua, namun dikenakan penalti turun ke petak kelima apabila  menukar kotak gear tanpa kebenaran selepas jenteranya melanggar dinding keselamatan di Turn 15 pada sesi latihan akhir petang Sabtu.

Posisi Perez itu digantikan oleh pelumba Red Bull, Daniel Ricciarto dan diikuti Sebastian Vettel yang menamatkan saingan kelayakan di tempat ketiga.


Senarai keputusan kelayakan dan kedudukan petak pelumba Grand Prix Eropah, Baku:

 

  PELUMBA PASUKAN MASA
1 Nico Rosberg
Mercedes 1' 42.758
2 Sergio Pérez
Force India +00.757
3 Daniel Ricciardo
Infiniti-Red Bull +01.208
4 Sebastian Vettel
Ferrari +01.208
5 Kimi Räikkönen
Ferrari +01.511
6 Felipe Massa
Williams +01.725
7 Daniil Kvyat
Toro Rosso +01.959
8 Valtteri Bottas
Williams +02.488
9 Max Verstappen
Infiniti-Red Bull +02.812
10 Lewis Hamilton
Mercedes +19.196
11 Romain Grosjean
Haas +01.997
12 Nico Hülkenberg
Force India +02.066
13 Carlos Sainz Jr
Toro Rosso +02.242
14 Fernando Alonso
McLaren +02.512
15 Esteban Gutiérrez
Haas +02.591
16 Felipe Nasr
Sauber +03.290
17 Rio Haryanto
Manor +02.907
18 Pascal Wehrlein
Manor +02.992
19 Jenson Button
McLaren +03.046
20 Marcus Ericsson
Sauber +03.473
21 Kevin Magnussen
Renault +03.590
22 Jolyon Palmer
Renault +03.636



Tags / Kata Kunci: Grand Prix Eropah , Baku , Rosberg , Hamilton

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan