GP Catalunya: Hafizh Syahrin Raih Tempat Keempat

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 10:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan yang memberangsangkan untuk meraih tempat keempat dalam Grand Pix Catalan di Sepanyol selepas melintasi garisan penamat dengan masa 42 minit 42.124 saat.

Pelumba hasil pembangunan bakat Petronas, yang bermula daripada tempat ke-13 (petak kelima) memberikan lebih tumpuan dalam perlumbaan 23 pusingan itu berentap dengan kelompok pelumba di hadapan sebelum memintas Thomas Luthi dalam lap terakhir untuk menyamai rekod terbaiknya musim ini pada pusingan pembukaan  di Qatar, Mac lepas.

Sementara itu, Johann Zarco dari Perancis menduduki tempat pertama dengan masa 42'31.347s, diikuti pelumba Sepanyol, Alex Rins (42'36.627s) dan Takaaki Nakagami dari Jepun (4240.660s).

"Jentera saya pada hari ini dalam keadaan sempurna dan saya mampu berlumba dengan baik. Kami pada mulanya risau dengan suhu litar yang tinggi tetapi semuanya berakhir dengan baik.

"Terima kasih Petronas dan penaja kami kerana mempercayai kami. Sudah pasti kami ingin melakukan dengan lebih baik lagi dan akan terus bekerja keras," kata pelumba Petronas Raceline Malaysia selepas perlumbaan itu.

Selepas memperoleh 13 mata pada Ahad, Hafizh kini di tangga kelima kedudukan kejohanan dunia ini dengan 60 mata, sementara Rins mendahului semua pelumba dengan 116 mata.

Sementara itu, pengurus pasukan Barry Leong gembira dengan keputusan itu dan berkata Hafizh dan pasukan itu melakukan tugas mereka dengan baik dalam perlumbaan pada hujung minggu ini.

"Hafizh mempamerkan ketenangan dan keyakinannya untuk bertarung sehingga ke penamat. Ia adalah perlumbaan yang sengit selepas beliau merampas kedudukan kelima pada selekoh pertama. Bagus," katanya.

Pelumba wildcard, Ramdan Rosli daripada Petronas AHM Malaysia hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-19.

Dalam Moto3, kedua-dua pelumba Malaysia Khairul Idham Pawi daripadac Honda Team Asia and Adam Norrodin daripada Drive M7 SIC Racing Team, gagal menamatkan perlumbaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hafizh Syahrin , Moto2 , GP Catalunya

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan