Hafizh Syahrin Pelumba Kelima Terpantas Sesi Latihan GP Itali

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 10:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah memperagakan aksi menarik apabila muncul pelumba kelima terpantas pada sesi latihan bebas kedua pada Kejuaraan MotoGP Dunia di Grand Prix Itali.

Hafizh menamatkan 18 pusingan dengan mencatatkan masa terbaik sepusingan satu minit 53.0691 saat, sekali gus memperbaiki catatan masa 1:55.807s pada sesi pertama.

Pelumba pasukan Ajo Motorsport, Johann Zarco muncul pelumba terpantas dengan 1:52.944s diikuti Sando Cortese daripada pasukan Dynavolt Intact GP dengan masa 1:52.993s.

Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami daripada pasukan Idemitsu Honda Team mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan 1:53.009s.

Sementara itu, pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi hanya mampu mencatatkan masa 2:00.24s untuk muncul sebagai pelumba ke-20 terpantas dalam sesi latihan bebas kedua.

Pada sesi pertama, pelumba pasukan Honda Team Asia itu, merakamkan masa terpantas 2:09.992s manakala Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) menduduki tangga ke-28 dengan masa 2:00.607s.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan