Verstappen Ambil Alih Posisi Kvyat Di Red Bull

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 4:46 PM

Verstappen akan memandu jentera Red Bull bermula Grand Prix Sepanyol minggu depan.

(Ubah saiz teks)

MAX Verstappen mengambil alih posisi Daniil Kvyat di Red Bull bermula perlumbaan Grand Prix Sepanyol minggu hadapan sehingga tamat musim ini.

Pelumba Rusia itu berdepan dengan aksi sukar di litar sendiri pada Ahad lalu apabila Kvyat telah berlanggar dengan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel sebanyak dua kali di dua selekoh berbeza.

Principal Red Bull, Christian Horner berkata: "Max telah membuktikan keupayaan bakat mudanya. Prestasi Max di Toro Rosso setakat ini sangat mengagumkan  dan kami berbesar hati memberi peluang kepadanya untuk berlumba bersama Red Bull Racing.

"Kami sangat unik apabila mempunyai empat pelumba untuk dua pasukan, Red Bull dan Toro Rosso kerana kami berada dalam satu bumbung kontrak yang panjang. Jadi kami boleh membuat pertukaran pelumba di antara satu sama lain.

"Dani akan terus meningkatkan prestasi bersama Toro Rosso yang memang sudah sinonim dengannya. Malah ia boleh memberi peluang kepada pelumba ini untuk terus menunjukkan bakatnya".

Sebagai rekod, sebelum berpindah ke Ferrari, Vettel yang meraih gelaran juara dunia sebanyak empat kali ketika bersama Red Bull, turut digantikan dengan Kvyat yang 'dilahirkan' dari pasukan Toro Rosso.

Verstappen bakal diiringi Daniel Ricciardo di Sepanyol nanti.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan