GP Rusia: Rosberg Mula Petak Pertama, Vettel Didenda Penalti Petak

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2016 2:51 AM

Rosberg menempah petak pertama pada aksi akhir di Litar Sochi pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

NICO Rosberg bakal memulakan perlumbaan di petak pertama pada aksi perlumbaan Grand Prix Formula Satu Rusia selepas menguasai pusingan kelayakan di Litar Sochi pada Sabtu malam.

Pelumba Mercedes itu mencatat masa terpantas 1:35.417s meninggalkan 0.0706s pesaingnya dari pasukan Ferrari, Sebastian Vettel, diikuti Vattteri Bottas (Williams), Kimi Raikkonen (Ferrari) dan kelima pelumba Felipe Massa (Williams).

Keputusan tersebut menyaksikan penguasaan kedua-dua pelumba dari pasukan Ferrari dan Williams, manakala rakan sepasukan Vettel, Lewis Hamilton menamatkan saingan di petak ke sepuluh selepas mengalami masalah teknikal yang menyebabkan dia terkeluar daripada kelayakan ketiga (Q3).

"Tiada apa yang boleh saya lakukan...saya tidak akan putus ada," jelas Hamilton mengenai masalah jenteranya itu.

Dalam pada itu, Vettel terpaksa menerima denda lima petak penalti gara-gara menukar kotak gear tanpa notis, sekaligus memaksanya bermula di petak ketujuh. 


Senarai kedudukan pelumba bagi aksi akhir GP Rusia yang akan berlangsung pada pukul 8 malam (waktu tempatan), Ahad:

1. NICO ROSBERG - MERCEDES

2. SEBASTIAN VETTEL  (denda ke petak ke-7) - FERRARI

3.VALTTERI  BOTTAS-  WILLIAMS

4.KIMI RÄIKKÖNEN - FERRARI

5. FELIPE MASSA WILLIAMS

6.DANIEL RICCIARDO - RED BULL RACING

7.SERGIO PEREZ  - FORCE INDIA

8.DANIIL KVYAT - RED BULL RACING

9.MAX VERSTAPPEN - TORO ROSSO

10.LEWIS HAMILTON - MERCEDES

11. CARLOS SAINZ - TORO ROSSO

12.JENSON BUTTON - MCLAREN

13.NICO HULKENBERG - FORCE INDIA

14.FERNANDO ALONSO - MCLAREN

15.ROMAIN GROSJEAN - HAAS

16.1ESTEBAN GUTIERREZ - HAAS

17.0KEVIN MAGNUSSEN - RENAULT

18.0JOLYON PALMER - RENAULT

19.FELIPE NASR - SAUBER

20.PASCAL WEHRLEIN - MANOR

21.RIO HARYANTO - MANOR

22.MARCUS ERICSSON - SAUBER


Tags / Kata Kunci: Nico Rosberg , F1 , Rusia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan