Cub Prix: Pelumba Senior Beri Amaran Kepada Rookie

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

MENJELANG Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Kangar, Perlis, minggu ini, pelumba senior memberi peringatan kepada rookie, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Hafiz Nor Azman agar menghentikan aksi merbahaya mereka sewaktu di litar.

Kedua-dua pelumba muda itu dilihat menunjukkan aksi merbahaya dan kurang semangat kesukanan sejak pusingan pertama kategori CP130 di Selangor dimana ketika itu Kasma (Petronas Yamaha Maju Motor) yang bermula dari petak pertama seakan sengaja menghalang dan menyebabkan Hafiz (Harian Metro Y-TEQ terjatuh sebaik perlumbaan akhir bermula sewaktu berjaya menjuarai perlumbaan tersebut.

Aksi serupa dilakukan Hafiz yang bertindak menghalang Kasma sewaktu pelumba dilepaskan pada perlumbaan akhir pusingan kedua di Batu Kawan tempoh hari.

Bimbang dengan kurangnya semangat kesukanan yang ditunjukkan kedua-duanya, rakan senior di dalam pasukan masing-masing memberi peringatan agar beraksi lebih matang dan mempunyai semangat kesukanan tinggi bagi menghadapi perlumbaan akan datang.

“Mereka seakan bermusuh dan saling berbalas tindakan, dan ini harus dihentikan segera! Ia bukan sahaja membahayakan mereka, malah pelumba lain. Di Batu Kawan, saya sendiri juga hampir menjadi mangsa sewaktu pelumba mula bersaing sebaik lampu merah dipadamkan,” jelas rakan sepasukan Kasma yang juga pendahulu keseluruhan CP130, Ahmad Fazli Sham.

“Kedua-dua mereka ini merupakan antara pelumba muda yang berbakat, jadi tindakan seperti itu tidak diperlukan untuk mereka memenangi perlumbaan. Sebagai pelumba senior, kami faham mereka masih muda dan kurang kesabaran memandangkan kami juga adakalanya berperasaan begitu sewaktu muda dahulu.

"Namun Kasma dan Hafiz perlu belajar untuk beraksi dengan lebih disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi, barulah mereka akan lebih disegani. Saya berharap permulaan yang begitu agresif dan merbahayakan seperti ini tidak lagi berlaku pada perlumbaan di Kangar dan pusingan akan datang".

Sementara itu, pelumba senior Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Norizman Ismail berharap sebarang aksi yang dilihat boleh mendatangkan bahaya kepada pelumba dan melanggar peraturan perlumbaan perlu diambil tindakan tegas supaya ia tidak berlarutan.

“Kami harap pihak AAM perlu mengambil tindakan lebih tegas bagi mengawal situasi ini. Jika perlu, kedua-duanya perlu dikenakan tindakan jika terbukti aksi seperti ini boleh mendatangkan bahaya kepada pelumba lain," kata Norizman.

Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Kangar, Perlis pada 30 April dan 1 Mei ini.

Masuk adalah percuma.

Tags / Kata Kunci: Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan