GP China: Rosberg Rangkul Juara Kali Ketiga Musim Ini

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 5:46 PM

Nico Rosberg juarai perlawanan GP China pada Ahad. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PELUMBA pasukan Mercedes, Nico Rosberg menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix (GP) China di Shanghai pada petang Ahad.

Kemenangan pelumba dari Jerman itu merupakan kejuaraannya yang ketiga bagi musim ini.

Rosberg mencatatkan masa mendahului 37.7 daripada pelumba Ferrari, Sebastian Vettel.

Rakan pasukan Vettel, Kimi Raikkonen pula menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima.

Sementara itu, pelumba Red Bull, Daniil Kvyat menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan kali ini.

Rakan pasukan Rosberg, Lewis Hamilton yang terpaksa memulakan perlumbaan dari petak paling belakang pula berada di tempat ketujuh.

Berikut adalah keputusan perlumbaan GP China:

1. Nico Rosberg (Mercedes)

2. Sebastian Vettel (Ferrari)

3. Daniil Kvyat (Red Bull)

4. Daniel Ricciardo (Red Bull)

5. Kimi Raikkonen (Ferrari)

6. Felipe Massa (Williams)

7. Lewis Hamilton (Mercedes)

8. Max Verstappen (Toro Rosso)

9. Carlos Sainz Jr (Toro Rosso)

10. Valtteri Bottas (Williams)

11. Sergio Perez (Force India)

12. Fernando Alonso (McLaren)

13. Jenson Button (McLaren)

14. Esteban Gutierrez (Haas)

15. Nico Huelkenberg (Force India)

16. Marcus Ericsson (Sauber)

17. Kevin Magnussen (Renault)

18. Pascal Wehrlein (Manor)

19. Romain Grosjean (Haas)

20. Felipe Nasr (Sauber)

21. Rio Haryanto (Manor)

22. Jolyon Palmer (Renault)


Tags / Kata Kunci: Nico Rosberg

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan