Moto3: Pelumba Negara Disambut Meriah Di KLIA

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba Moto3 negara yang mencipta sejarah sukan permotoran Malaysia Khairul Idham Pawi hari ini disambut meriah oleh peminatnya setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Rabu.

Pelumba berusia 17 tahun itu tiba dgn penerbangan Malaysia Airlines Berhad MH0003 dari London di KLIA pada 7.45 pagi.

Lebih 100 peminat memenuhi ruang menunggu di Balai Ketibaan dengan memegang poster dan dua kain rentang gergasi dengan ucapan tahniah kepada pelumba negara yang meraih podium pada pusingan kedua perlumbaan motosikal Grand Prix Argentina, 3 April lepas.

Kedua ibu bapa Khairul Idham atau lebih dikenali dengan panggilan KIP dan Keon, Pawi Omar, 52, dan Hasnah Sulaiman, 49, turut menyambut anak kesayangan mereka itu dengan air mata kegembiraan.

Difahamkan rombongan yang terdiri daripada sanak saudara dan rakan-rakan Khairul Idham serta penduduk kampung ke Kuala Lumpur, menaiki tiga bas untuk memberi sambutan wira kepada pelumba negara itu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Boon Siew Honda Sdn Bhd Datuk Seri Tan Hui Jing dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nobohide Nagata.

Sementara itu, Khairul Idham berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh anggota keluarga, rakan-rakan serta peminat beliau di KLIA pagi ini.

"Saya berterima kasih kepada peminat, bos dan juga ibu bapa saya yang menyambut ketibaan saya pagi ini," katanya.

Khairul Idham akan terus pulang ke kampung dan dijangka akan bertemu peminat di Batu Kawan, Pulau Pinang pada perlumbaan Cub Prix Petronas, Ahad ini.

Beliau akan ke Sepanyol untuk meneruskan cabaran pusingan keempat di Litar Jerez pada 22 hingga 24 April.

Selepas meraih podium di Argentina, Khairul Idham menamatkan pusingan ketiga di Amerika Syarikat di kedudukan ke-20 selepas bermula dari petak ke-32.

"Kemenangan podium tempoh hari bukan bermakna ia jadi tekanan sebab saya masih dalam proses belajar. Untuk perlumbaan seterusnya, saya boleh perbaiki dan lakukan yang terbaik.

"Yang penting saya perlu cepat belajar dan sesuaikan dengan keadaan perlumbaan.

"Saya akan pastikan sentiasa berikan yang terbaik untuk peminat dan rakyat Malaysia," katanya.

Tags / Kata Kunci: moto3 , khairul idham pawi

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan