Khairy Mahu Sektor Swasta Taja Sukan Permotoran Negara

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 7:27 PM

Foto: Facebook Adam Norrodin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penajaan daripada lebih banyak syarikat swasta diperlukan dalam sukan permotoran negara bagi mengembangkan bakat pelumba tempatan di pentas antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tajaan sektor swasta sangat diperlukan khususnya apabila pelumba dapat diketengahkan ke peringkat MotoGP.

"Saya minta lebih banyak syarikat swasta tampil ke hadapan sebab sukan permotoran, kosnya sangat tinggi. 

"Oleh itu, apabila pelumba sampai ke tahap berlumba dalam MotoGP,kementerian harap mereka akan dapat bantuan sektor swasta. Saya percaya pulangannya sangat tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Khidmat Pulih & Prihatin (CCSC) Kerinchi di sini, Selasa.

CCSC menawarkan program susulan kepada penagih yang telah menamatkan proses pemulihan dalam institusi seperti Pusat Serenti. 

Menurut Khairy, bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ia lebih memberi fokus kepada program pembangunan bakat.

Malah katanya, pelumba pasukan Drive M7 SIC Racing Team, Adam Norrodin, 17,yang berlumba dalam kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia turut menerima penajaan daripada KBS. 

Khairy berkata KBS telah bekerjasama dengan  Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menyelaras program pembangunan sukan permotoran sejak tahun lepas dengan dana berjumlah RM2 juta. 

Di Grand Prix Argentina, Ahad lepas, pelumba muda negara, Khairul Idham Pawi mencipta sejarah menjadi pelumba pertama negara menjuarai perlumbaan Moto3, manakala Adam hampir menjadikan penamat 1-2 untuk Malaysia sebelum terjatuh di selekoh terakhir dan menamatkan saingan di tangga ke-11. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan