GP Bahrain: Hamilton Terpantas, Mula Petak Pertama

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2016 1:47 AM

Hamilton (tengah) mencatat masa terpantas pada pusingan kelayakan GP Bahrain diikuti Rosberg dan Vettel (kanan).

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton menempah petak pertama pada perlumbaan Grand Prix Bahrain selepas mencatat masa terpantas pusingan kelayakan di Litar Sakhir lewat Sabtu malam.

Pelumba Mercedes itu merakam masa 1:29.493 saat mengatasi rakan sepasukannya Nico Rosberg yang berada di barisan kedua.

Manakala dua pelumba Ferrari, Sebastian Vettel serta Kimi Raikkonen yang hanya setengah saat perlahanan daripada pasukan Mercedes berada di tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, catatan terpantas yang dibuat oleh juara bertahan dunia itu meletakkan Hamilton pelumba paling banyak meraih petak pertama secara keseluruhan (51 kali) selepas Michael Schumacher (68) dan Ayrton Senna (65).

Keputusan penuh perlumbaan kelayakan di Litar Sakhir:


1. Lewis Hamilton  1'29.493

2.Nico Rosberg +00.077

3.Sebastian Vettel +00.519

4.Kimi Räikkönen +00.751

5.Daniel Ricciardo +01.361

6.Valtteri Bottas +01.660

7.Felipe Massa10 +01.662

8.Nico Hülkenberg +02.127

9.Romain Grosjean +02.263

10.Max Verstappen +02.279

11.Carlos SainzJr +02.323

12.Stoffel Vandoorne +02.441

13.Esteban Gutiérrez +02.452

14.Jenson Button +02.505

15.Daniil Kvyat +02.748

16.Pascal Wehrlein +03.313

17.Marcus Ericsson +03.347

18.Sergio Pérez +03.418

19.Kevin Magnussen +03.688

20.Jolyon Palmer +03.945

21.Rio Haryanto +04.697

22.Felipe Nasr +04.895

Tags / Kata Kunci: GP Bahrain , Lewis Hamilton , Kelayakan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan