Bos Mercedes Terus Bimbang Dengan Format Kelayakan

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

PRINSIPAL pasukan Mercedes, Toto Wolff masih cuba untuk memahami peraturan baharu pusingan kelayakan perlumbaan Formula Satu (1) musim ini biarpun telah mula diguna pada aksi pembukaan di Australia dua minggu lalu.

Ketidakpuasan hati pelumba-pelumba atau pasukan terhadap peraturan penyingkiran ketika pusingan kelayakan itu terus kedengaran, namun keputusan mesyuarat minggu lalu memutuskan ia akan terus diguna pada Grand Prix Bahrain hujung minggu ini.

Wolff berkata: "Minggu ini kita akan terus menyaksikan sistem baharu pusingan kelayakan yang tidak begitu teruja pada penampilan pertama di Australia. 

"Setiap pasukan terus memberi pandangan kurang selesa ketika aksi di Melbourne, dan ia bukannya sesuatu yang positif.

"Kami belum menemui format terbaik dengan perubahan ini dan ianya amat sukar. 

"Kita tunggu dan lihat sahaja pada perlumbaan di Bahrain ini".

Bagaimanapun Wolff percaya apa yang dilakukan F1 ini mempunyai objektif sendiri.

"Penelitian terhadap perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan ia adalah satu keputusan yang betul.

"Peminat-peminat mahu melihat saingan sengit dan dalam masa sama perlu memahami format terbaharu ini.

"Kami sepatutnya mampu menyampaikan apa yang diingini peminat-peminat di grandstand dan seluruh dunia," tambah Wolff.

Tags / Kata Kunci: Formula Satu , Mercedes , Toto Wolff

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan