GP Australia: Rosberg Juara, Alonso 'Panjang Umur'

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

NICO Rosberg menjulang trofi juara pertama untuk pasukannya, Mercedes musim ini di Litar Albert Park pada aksi Grand Prix Australia, Ahad.

Rosberg mencatat masa terpantas 1h 48' 15.565 meninggalkan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton di tempat kedua manakala pelumba Ferrari, Sebastian Vettel di tangga ketiga.

Pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo menamatkan perlumbaan di tangga keempat, diikuti Felipe Massa (Williams).

Manakala pelumba Romain Grosjean yang membuat penampilan sulung bersama pasukan baharu, Haas berada di tempat keenam dan ketujuh Nico Hulkenberg dari pasukan Force India.

Dalam pada itu,  pembukaan musim ini dihidangkan dengan aksi kemalangan dramatik melibatkan pelumba McLaren, Fernando Alondo dan Estenban Gutierrez pemandu Haas.




Bagaimanapun, kemalangan itu dianggap satu keajaiban tanpa seberang insiden maut ketika perlumbaan memasuki pada lap ke-18.

Alonso terselamat daripada kemalangan walaupun jenteranya dilihat hanya tinggal rangka dan serpihan di merata-rata tepi litar.




Kedua-duanya bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan serius malah berjabat tangan sebaik sehaja berjaya keluar daripada jentera masing-masing.

Ia dikatakan berpunca daripada Alonso yang cuba memintas Gutierrez dalam kelajuan 200mph, namun tersilap langkah dan melanggar papan tanda Rolex di sebelah kiri litar dan terbabas di Turn 3. 

Tags / Kata Kunci: GP Australia , Fernando Alonso , Nico Rosberg

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan