- F1 dan Motor | mStar

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

DOHA: Juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo meraih petak pertama perlumbaan pembuka musim Grand Prix Qatar pada pagi Ahad ketika spekulasi membabitkan masa depannya bersama Yamaha hangat diperkatakan.

Ia adalah petak pertama ke-62 sepanjang karier juara sebanyak tiga kali itu dan yang ke-36 dalam kelas elit dengan barisan utama perlumbaan di Litar Antarabangsa Losail itu dikuasai penunggang dari Sepanyol.

Sementara itu juara dunia dua kali dari Honda, Marc Marquez menduduki petak kedua manakala pelumba Suzuki Maverick Vinales berada di petak ketiga.

Lorenzo melakukan catatan terpantas 1 minit 54.543 saat sekali gus memberinya peluang terbaik untuk menaiki podium buat pertama kali di Losail sejak 2013.

"Ia bukannya sesuatu yang buruk untuk memiliki rekod petak pertama terbanyak pada musim pertama kejuaraan," kata Lorenzo.

"Hari ini agak sukar untuk menenangkan diri dan cuba untuk tidak terbabas," katanya.

Tags / Kata Kunci: MotoGP , Jorge Lorenzo , Grand Prix Qatar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan