Hamilton Raih Petak Pertama GP Australia

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Berdepan format baharu untuk sesi kelayakan Formula Satu (F1) bukan halangan bagi juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton apabila berjaya meraih petak pertama Grand Prix (GP) Australia.

Hamilton diikuti rakan sepasukan, Nico Rosberg.

Sistem penyingkiran baharu itu dilaksanakan buat kali pertama di sini.

Bagaimanapun, kesemua 22 pemandu berada di litar dalam tempoh dua minit pertama segmen pembukaan sesi tersebut.

Tujuh minit selepas sesi bermula, Pascal Wehrlein menjadi pemandu pertama yang tersingkir disertai Rio Haryanto, Esteban Gutierrez, Romain Grosjean, Daniil Kvyat, Felipe Nasr dan Marcus Ericsson.

Pusingan kelayakan kedua menyaksikan hanya 15 pemandu bersaing untuk kedudukan trek. Jangkaan ramai tepat apabila pasangan pelumba Mercedes meraih tempat pertama dan kedua.

Terdapat tujuh pemandu pada kelayakan kedua iaitu Kevin Magnussen, Jolyon Palmer, Jenson Button, Fernando Alonso, Valtteri Bottas, Nico Hulkenberg dan Sergio Perez.

Pusingan kelayakan ketiga pula hanya memerlukan kira-kira 12 minit setelah lapan pemandu bersaing merebut kedudukan pertama.

Daniel Ricciardo, Carlos Sainz, Felipe Massa dan Max Verstappen tersingkir pada kelayakan ketiga setelah gagal mencapai jumlah masa ditetapkan.

Rosberg yang berada pada kedudukan keempat ketika itu cuba mencari ruang untuk mendapat petak pertama, sementara Hamilton berusaha menyekatnya.

Rosberg meningkatkan kelajuan dan berjaya melakukan catatan masa 1:24,197 untuk naik ke kedudukan kedua dan lewat 0.360s di belakang Hamilton dengan catatan 1:23,837. – Agensi



Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , GP Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan