F1 Makin Bosan, MotoGP Lebih Menarik - Hamilton

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton percaya Formula Satu (F1)  semakin membosankan dan hilang arah menjelang perlumbaan musim 2016 bulan ini.

Malah juara bertahan dunia itu menegaskan saingan MotoGP lebih menarik berbanding F1 kerana menyediakan lebih banyak aksi hebat.

Ketika sesi ujian pra musim di Barcelona minggu lalu, media Britain mengajukan soalan mengenai aksi F1 yang "rosak, hilang arah atau tiada minat" kepada Hamilton. dan dia menjawab: "Saya lebih setuju dengan dua perkataan awal (rosak dan hilang arah) yang kamu sebut".

Hamilton memohon maaf kerana tidak dapat menjelaskan lebih lanjut mengenai dua perkataan itu sambil berkata: "Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut, tetapi saya setuju dengan dua perkara itu."

Pelumba Mercedes itu meluahkan rasa terujanya untuk menonton lebih banyak perlumbaan MotoGP tahun ini.

"MotoGP sangat hebat, lebih menarik untuk ditonton kerana ia perlumbaan yang sengit.

"Saya benar-benar mahu mencuba motosikal MotoGP dan pastinya ia sangat hebat. Dan sudah tentu tidak akan memberitahu pasukan saya apabila menunggang motosikal nanti".

Dalam pada itu, F1 musim ini mendapat pelbagai kritikan selepas pelumba-pelumba terpaksa bergelut dengan beberapa peraturan baharu yang bakal digunakan tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , F1 , MotoGP

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan