Zulfahmi Beraksi Penuh Yakin Dalam WSC

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 11:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Malaysia Muhammad Zulfahmi Khairuddin terus mempamerkan aksi yang penuh yakin apabila menduduki tangga ke-14 dalam sesi latihan dan kelayakan pusingan pertama pada Kejohanan Supersport Dunia (WSC) 2016 pada Jumaat.

Pelumba dari pasukan Orelac Racing Verdnatura yang beraksi dengan superbike Kawasaki ZX-6R mencatatkan satu minit 34.759 saat dalam sesi latihan di Phillip Island, Australia.

"Jadi keputusan keseluruhan menggabungkan kedua-dua sesi hari ini, saya berada di posisi ke-14 ... Saya benar-benar merasakan bahawa jentera itu milik saya sekarang. Saya sudah dapat membiasakan diri dengan ciri-cirinya," kata pelumba itu dalam kenyataan di sini.

"Kami bermula dengan set-up yang baik dan tidak menukar jentera bagi sesi kedua hari ini," kata beliau.

Zulfahmi berkata beliau menduduki posisi ke-12 dalam ujian masa semasa Sesi Latihan Bebas Satu (FP1) dan tangga ke-10 dalam FP2.

Zulfahmi berkata beliau mengintai untuk menduduki dua tempat teratas dalam  Superpole Satu untuk melayakkan diri ke Superpole Dua.

Tempat teratas disandang oleh juara bertahan WSC Keenan Sofuoglu dari Kawasaki Puccetti Racing (1:33.664s) diikuti oleh penunggang MV Agusta Reparto Corse Jules Cluzel (1:33.877s) dan Randy Krummenacher dari Kawasaki Puccetti Racing (1:33.878s).

Sementara itu, pengurus pasukan, Giulio Bardi berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian kedua-dua pelumba, Zulfahmi dan pelumba Sepanyol Nacho Calero (duduki tangga ke-22) pada hari pertama cabaran WSC.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan