F1: Hamilton Tidak Setuju Dengan Peraturan Baharu FIA

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

JUARA dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamiton mengakui tidak berpuas hati  dengan peraturan kelayakan baharu yang bakal dilaksanakan oleh  Persekutuan Perlumbaan Antarabangsa (FIA).

Menurut Hamilton, terlalu banyak perubahan yang berlaku tahun ini menjelang perlumbaan pusingan pertama di Melbourne Mac ini.

Minggu ini Ketua Eksekutif F1, Bernie Ecclestone dan Presiden FIA, Jean Todt bertemu bagi membincangkan masa depan dunia sukan pemotoran ini agar lebih menarik.

Walaupun beberapa format baharu msih dalam penilaian, tetapi Suruhanjaya F1 telah menerima salah satu daripada peraturan yang dicadangkan malah bakal digunakan pada aksi pembukaan perlumbaan bulan depan.

Selain daripada peraturan sesi kelayakan, FIA mendedahkan penggunaan tayar lebih lebar dan sayap lebih besar sebagai cabaran kepada pemandu sekaligus menjadikan perlumbaan lebih menarik.

"Saya tidak bersetuju dengan perubahan yang mereka lakukan, walaupun sudah banyak perubahan yang dibuat sebelum ini yang perlu kamu perlu laluinya," jelas Hamiton.

Ecclestone (kiri) dan Todt.


"Saya boleh katakan ia perkara yang tidak sesuai. Dan saya rasakan mereka juga perlu berunding dengan pelumba-pelumba kerana kami lebih memahami dengan jentera, kami mempunyai banyak idea yang boleh menjadikan perlumbaan lebih menarik malah kami tahu apa yang tidak baik bagi jentera.

"Sesetengah pemandu sudah berlumba 10-15 tahun, malah sudah melalui banyak perubahan peraturan dan tahu yang mana perturan itu bejaya atau tidak.

"Kami perlukan sedikit persaingan, saya tidak tahu apa jawapannya tetapi apa sahaja keputusan yang mereka buat kadang-kala tidak berjaya".

Peraturan baharu mengenai format penyingkiran sesi kelayakan bakal digunakan buat kali pertama digunakan pada aksi Grand Prix Australia bulan depan.

Sesi kelayakan pertama diberi masa 16 minit dan selepas tujuh minit dari masa yang ditetap, pelumba paling perlahan akan tersingkir dalam tempoh setiap seminit setengah sehinggalah tujuh orang pelumba tersingkir.Manakala 15 lagi pelumba layak ke sesi kelayakan kedua.

Sesi kelayakan kedua diberi tempoh 15 minit, dan pelumba paling perlahan akan tersingkir selepas enam minit tempoh diberikan. Jumlah penyingkiran seramai tujuh pelumba. Baki lapan lagi pelumba akan layak ke pusingan kelayakan ketiga.

Sesi kelayakan ketiga diberi tempoh 14 minit. Mana-mana pelumba yang terakhir selepas lima minit daripada masa yang ditetapkan dua pelumba akan tersingkir.
Tags / Kata Kunci: F1 , Lewis Hamilton

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan