Mercedes AMG Petronas Perkenal Jentera Baharu W07

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 3:14 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Mercedes AMG Petronas mengharapkan jentera baharu yang diperkenalkan bakal beraksi lebih pantas di pentas Formula Satu (F1) sekaligus mampu mencatat kejuaraan hatrik musim ini.

Mercedes yang mencatat 32 kemenangan dalam 38 perlumbaan sebelum ini memperkenalkan jentera F1 W07 Hybrid yang bakal diuji di Litar Catalunya selama empat hari bermula Isnin.

Juara dunia, Lewis Hamilton bakal menjadi pelumba Britain pertama merangkul trofi kejuaraan kali keempat sekiranya dia berjaya mempertahankan gelarannya musim ini.

Dengan beberapa perubahan berkaitan peraturan teknikal, Silver Arrows bakal memulakan pusingan pertama pada 20 Mac ini di Melbourne.

Hamilton bersama rakan sepasukannya, Nico Rosberg dijadualkan menguji jentera ini pada Selasa.

“Biarpun kereta kelihatan sama seperti sebelum ini pada bahagian luar, tetapi ia lebih stabil dan di bahagian bawah telah diubahsuai dengan sistem baharu bagi musim 2016.

“Ia memang sukar untuk mencari keserasian dengan peraturan baharu, namun ia tidak menjadi masalah kerana situasi ini lebih kurang sama seperti 2015 yang akhirnya menonjol,” jelas Pengarah Teknikal, Paddy Lowe.

Tags / Kata Kunci: Mercedes AMG Petronas , W07 Hybrid

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan