Kejuaraan Superbike: Zulfahmi Pamer Prestasi Positif

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mempamerkan prestasi positif pada sesi ujian pertama selama dua hari di Jerez.

Bekas pelumba Moto3 Drive M7 SIC  itu membuat penampilan sulung dalam dunia perlumbaan WSBK dengan menunggang jentera Kawasaki ZX6R.

"Sesi ujian pertama di Jerez ini memberikan pengalaman baharu buat saya dan gembira dengan prestasi selama dua hari di Jerez ini.

"Walaupun pada hari pertama saya tidak dapat melakukan banyak pusingan kerana masalah jentera, namun segalanya berjalan lancar pada hari kedua.

"Dari segi masa yang dicatat juga menunjukkan keputusan yang baik dan barisan mekanik juga gembira walaupun pertama kali menggunakan jentera ini.

"Masa yang dicatat menunjukkan saya hanya kekurangan dua saat daripada pelumba teratas," jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun pelumba pasukan Orelac Racing yang berpangkalan di Sepanyol ini mengakui banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki menjelang pusingan pertama WSBK di Philip Island, Australia  pada 26-18 Februari ini.

"Banyak lagi yang perlu dilakukan terhadap jentera dan cara tunggangan saya memandangkan motosikal ini sangat berat.

"Saya perlu lebih membiasakan diri untuk mengawalnya. Namun dengan adanya mekanik-mekanik yang berpengalaman, saya yakin ianya akan lebih baik selepas ini.

"Saya juga pasti dengan latihan yang akan diteruskan di Malaysia, semuanya akan lancar menjelang perlumbaan di Philip Island nanti," jelasnya yang bakal bergandingan dengan Nacho Calero.

Tags / Kata Kunci: Kejuaraan Superbike , Zulfahmi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan