Zulfahmi Korban Cuti Bulan Madu Teruskan Latihan

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 7:57 PM

Razlan Razali (kiri) dan keluarga meraikan perkahwinan Pelumba Superbike Negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin serta pasangannya Nuruldina Talhis pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BANTING: Bekas pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin terpaksa mengorbankan cuti bulan madunya demi memastikan dia dapat melakar keputusan positif pada latihan pra-musim Kejuaraan Superbike Dunia(WSBK) di Litar Jerez, Sepanyol minggu depan.

Zulfahmi yang ditemui pemberita pada majlis resepsi perkahwinannya di Kampung Bukit Changgang pada Ahad mengakui latihan berkenaan penting baginya menyesuaikan diri dengan jentera baharu, Kawasaki ZX-6R.

"Saya rasa latihan pra-musim ini penting kerana dapat sesuaikan diri dengan jentera, selain dapat mengukur persembahan kita berbanding pelumba lain. Saya benar-benar teruja menyertai latihan ini dan saya lihat persiapan pasukan amat baik," katanya.

Sementara itu, dia yang akan mewakili pasukan Kawasaki Orelac Racing dalam kategori Supersport bagi tempoh setahun, tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi dalam pembabitan sulungnya pada Kejuaraan WSBK 2016.

Zulfahmi sebelum ini, beraksi dalam kategori 125cc selama dua tahun seterusnya memulakan cabaran pada Moto3 untuk empat tahun bersama pasukan Drive M7 SIC Racing, namun gagal meraih pencapaian membanggakan dalam kedua-dua kategori berkenaan.

"Susah nak cakap mengenai cabaran yang bakal dihadapi nanti memandangkan saya belum memulakan ujian bersama pasukan baharu untuk mengetahui tahap dan prestasi saya.

"Saya, bagaimanapun positif dengan semua pihak dan yakin dengan pasukan...saya boleh tunjukkan prestasi terbaik tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berharap Zulfahmi menggunakan sepenuhnya peluang diberikan pihaknya bagi memastikan karier beliau selaku pelumba dapat diteruskan.

Beliau berkata walaupun Kejuaraan WSBK berbeza dengan Kejuaraan Moto3, pihaknya tetap menaruh harapan pelumba berusia 25 tahun itu mampu mencatat keputusan positif pada saingan berkenaan.

"Kejuaraan WSBK satu platform baharu untuk Zulfahmi dan dia harus buat yang terbaik kerana ia bukan sahaja platform untuk beliau kembali semula dalam saingan MotoGP, tetapi ini satu fasa yang kritikal untuk beliau.

"Jadi, saya harap dengan jentera Kawasaki serta pasukan baharu, beliau akan dapat buat yang terbaik," kata Razlan.

SIC sebelum ini, membuat keputusan menggantikan Zulfahmi dengan pelumba berusia 17 tahun, Adam Norrodin susulan prestasi hambar ditampilkan pelumba kelahiran Banting itu dalam saingan Moto3.

Terdahulu, Zulfahmi selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru, Nuruldina Talhis dalam satu majlis ringkas di Masjid Bukit Changgang, Banting pada 16 Januari lepas.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Zulfahmi Kahiruddin , SIC , WSBK

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan