Red Bull Bakal Didenda Selepas Aksi Salji Verstappen

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

RED BULL berdepan dengan tindakan denda 23,000 pound (RM143,091) gara-gara membenarkan Max Verstappen menggunakan jentera Formula Satu (F1) di kawasan pergunungan di Kitzbuhel.

Ujian RB7 di kawasan bersalji minggu lalu sebahagian daripada mempromosikan Grand Prix Austria 2016.

Masalah timbul apabila Red Bull dilaporkan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sebelum Verstappen menunjukkan aksi di pergunungan Hahnemkamm sambil disaksikan  oleh 3,500 penonton.

Pengarah Kitzbuhel, Michael Berger menjelaskan bahawa pihak penganjur perlu mendapatkan permit terlebih dahulu kerana ia boleh merosakkan persekitaran.

Tags / Kata Kunci: Red Bull , Max Verstappen

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan