Zulfahmi Sah Bergelar Suami Kepada Nuruldina

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 7:38 PM

Zulfahmi dan isterinya (tengah) bergambar bersama Pegawai Komunikasi Media Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Norlina Ayob (dua kanan) selepas sah bergelar suami isteri pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelumba motosikal negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin sah bergelar suami kepada Nuruldina Talhis dengan sekali lafaz di Masjid Bukit Changgang, Banting pada Sabtu petang.

Bekas pelumba MotoGP kategori Moto2 dan Moto3 ini kelihatan tenang  ketika upacara akad nikah dijalankan.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM15,300 bersama sebentuk cincin dan seutas gelang tangan.

Sebelum ini,  Zulfahmi mendedahkan gadis pilihannya itu bertugas sebagai guru di Banting dan mula berkenalan selepas tamat persekolahan enam tahun lalu.

Majlis resepsi akan diadakan kediaman Zulfahmi di Kampung Bukit Changgang pada 24 Januari ini.

Selain menempuhi fasa kehidupan baharu bergelar suami, Zulfahmi juga akan mengharungi musim perlumbaan berbeza tahun ini.

Pelumba berusia 25 tahun ini tidak lagi bersaing dalam aksi Moto3 seperti musim lalu bersama pasukan Drive M7 SIC, sebaliknya bakal berlumba dalam saingan lebih sengit pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) buat julung kalinya.

Tags / Kata Kunci: Muhammad Zulfahmi Khairuddin , MotoGP , SIC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan