Hamilton Nafi Kritikan Wujud Persaingan Dengan Rosberg

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara dunia Formula One (F1), Lewis Hamilton menafikan kritikan bahawa terdapat persaingan antara beliau dan rakan sepasukan, Nico Rosberg pada perlumbaan musim ini.

"Ia bukan bersaing secara individu dalam pasukan tetapi ia bersaing dengan diri sendiri. Saya perlu menampilkan prestasi terbaik dalam perlumbaan.

"Sebagai pasukan, kami mempunyai misi sendiri dengan menjuarai perlumbaan bagi pasukan," kata Hamilton pada sidang media pasca musim yang dianjurkan oleh penaja pasukan, Petronas, di sini, Rabu.

Pemandu Britain berusia 30 tahun itu yang tidak memenangi sebarang perlumbaan sejak meraih gelaran dunia ketiganya pada Oktober lepas, juga menafikan bahawa ia mempunyai kaitan dengan prestasinya yang merudum.

"Saya sudah berusaha mencapai apa yang saya miliki. Selepas kejohanan pertama (2008), saya benar-benar tidak dapat menikmatinya kerana ia berlaku dalam sekelip mata. Saya tidak benar-benar menanganinya (kritikan), saya adalah juara dunia tiga kali," kata beliau.

"Saya berusia 23 tahun ketika itu dan semasa membesar saya mempunyai banyak pengalaman menyertai perlumbaan kart dan kereta untuk persediaan bagi (Formula One). Emosinya terlalu banyak untuk ditangani. Saya terlalu muda dan tidak cukup bijak untuk menikmatinya. 

"Apabila usia anda semakin meningkat, anda belajar untuk lebih banyak menghargai sesuatu. Saya tidak menerima bulat-bulat terutama dengan orang yang terlibat dalam melakar kejayaan ini," katanya.

Untuk rekod, Hamilton memenangi 10 perlumbaan dalam Kejohanan Dunia F1 dalam usahanya meraih gelaran dunia sekali lagi, tahun ini.

Hamilton berkata beliau ingin meraikan kejayaannya dan menikmati percutian sempena Krismas bersama keluarga dan melupakan seketika perlumbaan.

"Untuk Krismas tahun ini, saya ingin membeli-belah bersama keluarga dan memberi mereka hadiah...tetapi tiada satupun yang saya mahukan untuk diri saya sendiri," katanya.

"Bagaimanapun, perkara terbaik yang Toto Wolff dapat memberi kepada saya ialah kereta yang mampu menjuarai kejohanan pada tahun depan," kata Hamilton sambil mengusik Ketua Mercedes-Benz Motorsports, Wolff, yang turut hadir pada sidang media itu.

Turut hadir pada sidang media itu, ialah Pemangku Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas, Rizan Ismail.

Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 juga meraih gelaran Pengeluar bagi tahun kedua berturut-turut.

Beliau berkata untuk musim baharu, semua pihak perlu bekerja keras untuk mencipta satu lagi kejayaan.

"Bukan sahaja diri saya, kumpulan teknikal juga perlu menyediakan jentera terbaik. Semua orang dalam pasukan perlu bekerja keras. Ia memang satu tekanan untuk pasukan (kaedah dan peraturan baharu perlumbaan F1).

"Kejayaan hanya akan tercapai melalui kerja keras, komitmen dan keazaman," kata Hamilton.


Tags / Kata Kunci: Hamilton , Nico Rosberg

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan