Hamilton "Balas Dendam" Di Litar Abu Dhabi

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

ABU DHABI: Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton membalas kritikan terhadap kehidupan sosialnya dengan menandingi rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg pada sesi latihan bebas untuk perlumbaan terakhir musim ini di Grand Prix Abu Dhabi pada Ahad ini.

Sebelum ini, bekas majikan pelumba berusia 30 tahun itu ketika bersama McLaren, Ron Dennis dikritik kerana dikatakan melakukan ‘perkara yang tidak dibenarkan di bawah rejimnya'.

Pada sesi itu, Hamilton mencatat masa pusingan terbaik iaitu satu minit 43.754 saat mengatasi Rosberg 1:43.895 ketika pelumba Jerman itu bertekad memburu petak pertama kali keenam berturut-turut bagi mengatasi pesaingnya untuk melengkapkan hatrik kemenangan.

Pelumba Finland Kimi Raikkonen ketiga untuk Ferrari apabila mendahului pelumba Russia Daniil Kvayt dari Red Bull, diikuti juara empat kali dari Jerman yang memandu Ferrari serta rakan senegara Nico Hulkenberg dari Force India.

Hamilton mencatat masa terpantas walaupun merungut sepanjang sesi itu mengenai prestasi kereta Mercedes terutama mengenai posisi tempat duduk.

Pada akhir sesi perlumbaan dia berkata: “Keadaan kereta ini tidak begitu baik.”

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Abu Dhabi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan