Grand Prix Brazil Saksi Trofi Kejuaraan Kelima Rosberg Musim Ini

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 3:23 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Mercedes, Nico Rosberg mempamerkan aksi konsisten dengan meraih kejuaraan kelima musim ini selepas merakam masa terpantas pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Brazil yang berlangsung awal pagi Isnin.


Malah ia juga merupakan kemenangan kedua berturut-turut Rosberg selepas Grand Prix Mexico minggu lalu. Rosberg melepasi garisan penamat dengan catatan masa 1:31:09.090s meninggalkan rakan sepasukan, Lewis Hamilton di kedudukan kedua yang ketinggalan  +7.756s, diikuti pelumba Ferrari menguasai tempat ketiga dan keempat, Sebastian Vettel serta Kimi Raikkonen dan kelima Valtteri Bottas dari pasukan Williams.

Pelumba kelahiran Jerman berusia 30 tahun itu menguasai perlumbaan sejak memulakan aksi di petak pertama walaupum menerima cabaran sengit daripada Hamilton yang telah dinobatkan juara dunia musim ini di Grand Prix Mexico minggu lalu.

Walaupun perebutan gelaran dunia sudah berakhir, Rosberg tetap fokus untuk menambah koleksi trofi kejuaraan musim ini.

Selain Brazil, Rosberg telah meraih kejuaraan di Grand Prix Sepanyol, Monaco,Austria dan Mexico sebelum ini.

Selepas menerima trofi kejuaraan, Rosberg turut melahirkan simpati kepada mangsa-mangsa serangan pengganas di Paris Jumaat lalu.

“Ia minggu yang baik buat saya walaupun mendapat saingan hebat daripada Hamilton, dan saya dapat mengawal keadaan itu dengan lancar.

“Sudah tentu apa yang terjadi di Paris menjadi perhatian semua dan saya turut bersimpati,” jelasnya.

Lebih bermakna, kemenangan ini menjadikan Rosberg pelumba kedua terbaik Jerman dengan merekodkan kemenangan Grand Prix ke-184 keseluruhan dan berada di belakang Michael Schumacher.

Selain itu, pusinga terakhir F1 musim ini bakal berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi 27-19 November ini.


Keputusan penuh GP Brazil:

1. Nico Rosberg - Mercedes 1h 31' 09.090

2. Lewis Hamilton - Mercedes 71+ 7.756

3. Sebastian Vettel-Ferrari + 14.244

4.Kimi Räikkönen- Ferrari + 47.543

5. Valtteri Bottas-Williams at 1 lap

6. Nico Hülkenberg-Force India 70 at 1 lap

7. Daniil Kvyat- Infiniti-Red Bull

8. Felipe Massa - Williams

9 .Romain Grosjean-Lotus

10.Max Verstappen-Toro Rosso

11. Daniel Ricciardo -Infiniti-Red Bull

12. Pastor Maldonado -Lotus

13. Sergio Pérez-Force India

14. Felipe Nasr - Sauber

15. Jenson Button -McLaren

16.Fernando Alonso McLaren

17. Marcus Ericsson - Sauber

18. Will Stevens-Marussia6

19.Alexander Rossi - Marussia

20. Carlos Sainz Jr - Toro Rosso0

Race Time
1   1:31:09.090  25 
2   +0:07.756  18 
3   +0:14.244  15 
4   +0:47.543  12 
5   Lapped  10 
6   Lapped 
7   Lapped 
8   Lapped 
9   Lapped 
10   Lapped 
11   Lapped 
12   Lapped 
13   Lapped 
14   Lapped 
15   Lapped 
16   Lapped 
17   Lapped 
18   Lapped 
19   Lapped 
R   Retired (0) 
Race Time
1   1:31:09.090  25 
2   +0:07.756  18 
3   +0:14.244  15 
4   +0:47.543  12 
5   Lapped  10 
6   Lapped 
7   Lapped 
8   Lapped 
9   Lapped 
10   Lapped 
11   Lapped 
12   Lapped 
13   Lapped 
14   Lapped 
15   Lapped 
16   Lapped 
17   Lapped 
18   Lapped 
19   Lapped 
R   Retired (0) 
Tags / Kata Kunci: GP Brazil , Nico Rosberg

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan