Nico Rosberg Juara F1 Mexico

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 7:46 AM

Nico Rosberg meraikan gelaran juara yang diraihnya dalam F1 Mexico, awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

NICO Rosberg dijulang sebagai juara GP Mexico dalam saingan awal pagi Isnin.

Mendahului sejak awal, Rosberg mengkahiri pemanduan di posisi pertama, di hadapan rakan sepasukannya di Mercedes, Lewis Hamilton.

Kemenangan ini menjadikan Roseberg bergelar juara buat kali keempat pada musim ini. Sebelum ini, kali terakhir dia naik podium teratas adalah di GP Austria pada Jun lalu.

Sementara itu, Hamilton yang sudah mengunci gelaran juara dunia berakhir di tempat kedua. Podium ketiga diduduki pemandu Williams, Valtteri Bottas.

Dengan hasil ini, Hamilton masih mendahului senarai pemandu dengan 345 mata. Sementara itu, Rosberg naik ke tempat kedua dengan 272 mata, manakala Sebastian Vettel tidak mendapat mata setelah gagal menamatkan pemanduan kerana kemalangan.

Vettel ditimpa kejadian kurang baik apabila pada minit ke-52, kenderaannya tergelincir dan melanggar tembok.

Rosberg menamatkan perlumbaan dengan catatan waktu 1 jam 42 minit 35.038 saat.

"Mungkin ini adalah kemenangan terbaik saya musim ini. Ini adalah sebuah kemenangan yang luar biasa!" kata pelumba dari Jerman sebaik tamat saingan.

GP Mexico tahun ini lebih istimewa kerana ini merupakan kali pertama Mexico City kembali menjadi tuan rumah Formula 1 sejak 23 tahun.

Keputusan GP Mexico:

1. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes 1:42:35.038
2. Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes +1.9s
3. Valtteri Bottas Williams-Mercedes +14.5s
4. Daniil Kvyat  Red Bull-Renault +16.5s
5. Daniel Ricciardo  Red Bull-Renault +19.6s
6. Felipe Massa  Williams-Mercedes +21.4s
7. Nico Hulkenberg  Force India-Mercedes +25.8s
8. Sergio Perez  Force India-Mercedes +34.3s
9. Max Verstappen Toro Rosso-Renault +35.2s
10. Romain Grosjean Lotus-Mercedes +37.9s
11. Pastor Maldonado  Lotus-Mercedes +38.5s
12. Marcus Ericsson  Sauber-Ferrari +40.1s
13. Carlos Sainz Jr  Toro Rosso-Renault +48.7s
14. Jenson Button  McLaren-Honda +49.2s
15. Alexander Rossi  Manor Marussia-Ferrari +2 lap
16. Will Stevens  Manor Marussia-Ferrari +2 lap

Gagal Tamatkan Perlumbaan

Felipe Nasr Sauber
Sebastian Vettel Ferrari
Kimi Raikkonen Ferrari
Fernando Alonso McLaren

Tags / Kata Kunci: Nico Rosberg , F1 Mexico , Mercedes

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan