Alex Yoong Juara Piala LMS Audi R8 2015

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 11:17 PM

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Bekas pemandu Formula Satu negara, Alex Yoong yang berlumba mewakili Audi TEDA Racing Team dimahkotakan sebagai juara Piala LMS Audi R8 di sini, Ahad dan mencipta sejarah sebagai pemandu pertama untuk menjadi juara berturut-turut dalam siri perlumbaan sprint antarabangsa itu.

Yoong yang menjuarai kejohanan itu tahun lepas, mengumpul 161 mata keseluruhan kejohanan kali ini dan mempertahankan mahkotanya hanya dengan kelebihan satu mata pada siri perlumbaan tahun ini di hadapan pelumba dari China Cheng Congfu dari FAW-VW Audi Racing Team yang mengutip 160 mata.

Musim 2015 merupakan musim perlumbaan yang sengit dalam sejarah empat tahun piala itu dan biarpun Cheng menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada pusingan ke-13 dan terakhir perlumbaan pada Ahad tetapi masih tidak mencukupi untuk memberikan mahkota kejohanan sulung buatnya sementara pemandu dari Hong Kong, Marchy Lee yang juga bekas juara 2012, mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga keseluruhan.

Walaupun perlumbaan ini disertai enam pelumba yang datang ke Shanghai, hanya dua pelumba kekal bertarung untuk menjadi juara, iaitu Yoong yang menamatkan perlumbaan pada tempat pertama dan Cheng di tempat kedua pada pusingan ke-12.

Yoong bertarung di litar dengan kelebihan lapan mata dengan hanya 25 mata ditawarkan.

Pada pusingan ke-13, Cheng menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan Yoong di tempat keenam tetapi tempat keenam sudah mencukupi untuknya menjadi johan keseluruhan perlumbaan.

Perlumbaan pusingan ke-13 yang dramatik itu dimenangi oleh Aditya Patel, pelumba di petak utama dari Team Audi R8 LMS Cup di hadapan Lee dan Cheng.

Berikutan kemenangan sulungnya pada kali ini, Patel menduduki tangga keempat keseluruhan kejuaraan.

Sementara itu, Yoong berkata, setiap tahun kejohanan ini menjadi bertambah sengit dan pujian harus diberikan kepada penganjur Piala LMS Audi R8 yang menambahbaik peraturan supaya perlumbaan menjadi adil tetapi sengit dan mengujakan.

"Saya kehilangan satu kejuaraan dengan perbezaan jurang mata yang begitu rapat dua tahun lepas, menang pada tahun lepas dan menang lagi pada tahun ini dengan perbezaan satu mata - setiap tahun adalah menyeronokkan dan ia adalah satu keistimewaan untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan ini.

Pusingan ke-13 sungguh mendebarkan. Saya sedar tentang kedudukan mata semasa perlumbaan.  Rancangan saya ialah supaya tidak hilang kedudukan semasa permulaan perlumbaan tetapi apabila sebaik sahaja Cheng Congfu mendahului saya pada selekoh pertama, saya sedar ini adalah perlumbaan yang sukar," kata Yoong.

"Tahniah kepada Alex Yoong yang memenangi Piala LMS Audi R8 buat kali kedua berturut-turut, untuk Daniel Bilski dengan kemenangannya dalam Piala Amatur juga FAM-VW Audi Racing Team kerana memenangi juara pasukan dan Piala Four Rings," kata Rene Koneberg, Pengarah Perlumbaan Pelanggan Asia Audi Sport.

"Kami menyaksikan dua perlumbaan yang hebat hari ini dan pada pusingan ke-13, ada ketikanya jantung saya bagaikan terhenti.  Banyak perkiraan dilakukan semasa perlumbaan tetapi berdasarkan perjalanan perlumbaan menyebabkan sukar meramalkan apa yang bakal berlaku. Penamat musim hari ini berakhir dengan perlumbaan yang paling sengit dalam sejarah kejohanan," katanya lagi.

Piala LMS Audi R8 2015:

Kedudukan Keseluruhan Kejuaraan – 10 Teratas:

1. Alex YOONG – 161

2. Franky CHENG – 160

3. Marchy LEE – 134

4. Aditya PATEL – 119

5. Rahel FREY – 110

6. Thomas FJORDBACH – 110

7. Kyong-Ouk YOU – 76

8. Stefano MONTESI – 58

9. Edoardo MORTARA – 42

10. Jeffrey LEE – 38

Kedudukan Final Piala Pasukan – 3 Teratas:

1. FAW-VW Audi Racing Team/4R – 192

2. Castrol Racing Team – 162

3. Audi TEDA Racing Team – 154

- Bernama

Tags / Kata Kunci: Alex Yoong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan