Cub Prix: Saingan Di Jempol Bakal Jadi Penentu Juara

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas perlumbaan mendebarkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor dua minggu lalu, seluruh kontinjen Cub Prix akan bertandang ke Jempol, Negeri Sembilan bagi menghadapi Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Litar sepanjang 1.1 kilometer mengandungi enam selekoh kanan dan dua selekoh kiri dengan reka bentuk yang memerlukan pelumba bijak untuk membrek.

Saingan musim 2015 menyaksikan Jempol telah menjadi venue tetap kejuaraan buat musim ketiga berturut-turut dan rekod litar ketika ini milik Zaqhwan Zaidi dengan masa terbaik 47.433s yang dilakukan pada tahun 2014.

Lebih menarik, saingan minggu ini juga mampu menjadi penentu siapakah yang akan bergelar juara keseluruhan CP130 dan CP115 musim 2015.

“Dengan saingan kini semakin ke penghujung, perebutan takhta keseluruhan juga semakin memunncak. Mohd Harith Farhan Baharin telahpun mengesahkan gelaran juara keseluruhan Wira seawal pusingan ketujuh lagi.

"Dalam kelas CP115, tumpuan terarah kepada persaingan di antara Kasma Daniel Kasmayudin dan Tengku Amirul Haffirudin. Kasma kini berkelebihan 29 mata ke atas Tengku Amirul dan jika Kasma muncul juara manakala Tengku Amirul muncul naib juara, gelaran akan menjadi milik Kasma di Jempol tanpa perlu menunggu hujung musim.

“Pelumba yang berada di kedudukan lebih bawah tidak berupaya lagi untuk memberikan cabaran. Ahmad Syukran Aizat yang berada di kedudukan ketiga ketika ini hanya sekadar mengumpul 69 mata, jauh ketinggalan di belakang dua pelumba tersebut. 

"Cuma, dia perlu memberikan aksi terbaik bagi memastikan dapat menamatkan saingan musim ini di kedudukan ketiga dan mengetepikan cabaran pesaing terdekat, Mohd Fareez Afeez," ,” jelas Pegawai Komunikasi Cub Prix, Muhamad Nazrol Jamaludin.

Jelasnya, pemburuan dalam kelas CP130 pula lebih terbuka memandangkan pada perlumbaan Pusingan 8  tidak begitu memihak kepada pendahulu, Ahmad Fazrul Sham yang sekadar tamat di kedudukan kelapan manakala pencabarnya, Ahmad Fazli Sham gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah mekanikal jentera. 

"Secara matematik, tujuh pelumba teratas masih berpeluang untuk mengejar gelaran terutama jika Fazrul gagal memungut sebarang mata sewaktu di Jempol. 

"Antara yang masih mampu memberikan cabaran termasuklah Abdul Muhaimin Roslan yang kini naik ke tangga kedua, Ahmad Fazli Sham, Mohd Affendi Rosli, Mohd Fitri Ashraf Razali, Ahmad Afif Amran dan Elly Idzlianizar Ilias. Namun sebaliknya, jika Fazrul muncul juara di Jempol, gelaran keseluruhan CP130 akan menjadi miliknya," tambah Nazrol.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengesahkan kehadiran bagi menyaksikan perlumbaan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 1 November. 


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan