Musim Pertama Drive M7 SIC Lancar, Adam Ganti Zulfahmi

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 7:23 PM

Razlan (kiri) memperkenalkan pelumba baharu pasukan Drive M7 SIC, Adam Norrodin yang akan bergandingan dengan Kornfeil (dua kanan). Turut kelihatan, pengurusan pasukan Johan Stigefelt.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Moto3, Drive M7 SIC mungkin masih baharu dalam dunia permotoran, tetapi kemunculannya di litar telah disedari pelumba-pelumba dunia yang lain.


Musim 2015 merupakan kemunculan pertama dalam aksi Kejuaraan Motosikal Dunia yang menyaksikan dua pelumbanya, Jacub Kornfeil dan pelumba terkenal tempatan Zulfahmi Khairuddin berjaya mencatat beberapa keputusan memberangsangkan dalam siri perlumbaan tahun ini.

Namun, tuah lebih memihak kepada Kornfeil pelumba kelahiran Czech yang berjaya mencatat keputusan lebih cemerlang, termasuk merakam kejayaan podium sulungnya pada saingan Grand Prix  Great Britain berada di tempat kedua Ogos lalu.

Malah pelumba berusia 22 tahun itu turut menamatkan saingan di tempat ke-6 dalam aksi Grand Prix Motosikal Malaysia yang berakhir pada Ahad lalu.

Sebaliknya, edisi malang terus menghantui Zulfahmi yang gagal menamatkan saingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas terjatuh pada pusingan ketiga di selekoh ke-9 sekaligus harapannya untuk mencatat keputusan terbaik di depan penyokong sendiri musnah biarpun pelumba kelahiran Banting, Selangor ini bermula di petak ke-10.

Lebih mengecewakan aksinya ini merupakan penampilan terakhir untuk kejuaraan dunia malah dia gagal mencatat sebarang keputusan terbaik di trek ini sejak tahun 2013.

Kemuncak kejayaan Zulfahmi adalah pada tahun ketiga (2012) penampilan penuhnya dalam siri perlumbaan dunia ini dengan meraih kedudukan ketujuh keseluruhan serta menjadi satu-satunya pelumba tempatan yang berjaya meraih podium di Sepang.

Menurut Zulfahmi, dia belum memutuskan lagi perjalanan kariernya selepas ini, tetapi kemungkinan besar dia bakal berlumba dalam kelas berlainan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali turut mengesahkan bahawa pelumba berusia 24 tahun ini tidak lagi bersama pasukan Drive M7 SIC musim depan.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan penyertaan tahun pertama pasukan dalam kejuaraan dunia. Konfiel telah melakukan yang terbaik dan turut dapat podium di Silverstone. Namun malangnya bagi Fahmi yang sekali lagi gagal di tahun akhir bersama kami.

“Tahun depan saya lebih teruja kerana pasukan akan bertukar kepada jentera Honda yang telah membuktikan kekuatannya tahun ini. Kerjasama bersama Honda dan Boon Siew ini diharap dapat memberi lebih banyak peluang terutamanya menjalani ujian jentera di Sepang,” ulasnya mengenai prestasi pasukan.

Dalam pada itu, Razlan turut mengumumkan Kornfeil akan kekal sebagai pelumbanya, dan akan bergandingan dengan pelumba baharu menggantikan Zulfahmi.

“Kami telah memilih Adam Norrodin kerana yakin dia mampu menggalas tugas ini. Malah hanya dia satu-satunya pelumba negara yang berjaya meraih tempat ketiga pada perlumbaan Piala Bakat Asia Shell Advance (perlumbaan kedua) di Sepang (Ahad). Kita gunakan 'rookie' untuk belajar dan tingkatkan prestasi.

“Kita mahu sebuah pasukan yang kompetitif bukan sahaja dikenali sebagai pasukan Malaysia. Dari segi pengalaman, Adam sudah bersaingan di peringkat antarabangsa termasuk Moto3 FIM CEV Repsol selama dua tahun.

“Saya yakin dia mampu memberi saingan dalam saingan kejuaraan dunia tahun depan,” jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Drive M7 SIC , Razlan RAzali

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan