Moto2: Jerebu Bukan Penghalang Buat Hafizh Pamer Aksi Terbaik

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 6:05 PM

Hafizh Syahrin

(Ubah saiz teks)

SEPANG:Pelumba Moto2 Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin mengakui masalah jerebu bukan menjadi penghalang bagi mempamerkan aksi terbaik Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu ini.

Jelas Hafizh, jerebu yang melanda negara ini bukanlah masalah utama baginya kerana apa yang penting dia perlu lebih fokus.

“Apa yang menjadi masalah utama saya sekarang iaitu masih cuba untuk mencari keserasian dengan jentera. Saya memang tidak berpuas hati dengan dua keputusan sesi latihan bebas hari ini kerana saya menyasarkan untuk berada dalam kelompok terbaik sepuluh pelumba.

“Jentera masih belum di tahap terbaik berbanding aksi di Jepun sebelum ini. Masalah timbul apabila saya gagal mengawal  bahagian hadapan dan juga brek.

“Saya harap esok akan dapat set up yang lebih dan dapat berada di barisan keempat dalam pusingan kelayakan agar dapat mengekori pelumba-pelumba lain,” jelasnya selepas aksi sesi latihan bebas kedua, Jumaat.

Hafizh mencatat catatan terbaik 2:09.035s pada sesi kedua berbanding 2:09.279s pada sesi pertama. Dalam masa sama, Hafizh mengakui turut berdepan dengan litar beralun seperti mana dengan pelumba-pelumba lain.

“Ramai pelumba yang masih belum serasi dengan litar beralun di selekoh 6 dan 12. Namun saya harap esok masalah ini akan dapat diatasi, tambahnya.

Selain itu, pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin daripada pasukan Drive M7 SIC mendakwa permukaan tidak rata di beberapa selekoh merunsingkan  kerana menyukarkan pasukannya mencari pelarasan terbaik bagi jenteranya dalam perlumbaan ini.

"Saya dan pasukan lebih susah untuk mencari pelarasan motosikal yang terbaik di sini kerana permukaan litar semakin beralun berbanding tahun lepas. Saya yakin pelumba-pelumba lain tidak dapat mencatat rekod pusingan baru di sini," jelas Zulfahmi.

Zulfahmi,24, melakukan catatan masa terbaik pada latihan bebas kedua iaitu dua minit 14.663 saat di kedudukan ke-12 walaupun pada sesi latihan pertama beliau berada dalam kelompok 10 terbaik dengan catatan masa 2:15.053s.

"Saya harap dapat memperbaiki lagi catatan masa 2 minit 14 saat di setiap pusingan. Sasaran saya adalah mahu berada dalam kelompok pelumba hadapan pada sesi kelayakan esok.

"Saya lebih memilih berlumba dalam cuaca kering kerana pasukan membuat set up yang lebih baik untuk litar kering. Walaupun berjerebu saya tidak merasakan keadaan itu menganggu penglihatan atau penafasan saya," katanya.

Rakan sepasukannya Jakub Kornfeil dari Republik Czech mencatat masa terbaik pada sesi latihan pertama iaitu 2:14.419s di kedudukan kelima berbanding kedudukan ke-11 pada sesi latihan kedua dengan masa 2:14.588s.

"Catatan masa saya dalam latihan bebas pertama saya adalah lebih baik daripada latihan bebas kedua kerana suhu litar tidak terlalu panas.  Saya menyasarkan barisan tiga teratas pada hari perlumbaan," kata Kornfeil.

Tags / Kata Kunci: MotoGP Malaysia , Hafizh Syahrin , Zulfahmi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan