Musim Terakhir Zulfahmi Dalam MotoGP

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 11:46 PM

Zulfahmi Khairuddin

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Selepas enam musim terlibat dalam saingan MotoGP, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin akan mengakhiri pembabitannya dalam  sirkit dunia itu tahun ini sebelum beralih arah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali mengesahkan pelumba berusia 24 tahun yang mewakili pasukan Drive M7 SIC itu tidak akan beraksi dalam Moto3 mahupun Moto2 bagi musim depan.

Namun Razlan menjelaskan ketiadaan Zulfahmi dalam perlumbaan MotoGP musim depan bukan bererti karier pemuda berasal dari Banting itu sudah berakhir.

"Masih banyak lagi pilihan untuk Zulfahmi. Kami akan terus membantunya," kata Razlan yang enggan mengesahkan spekulasi yang mengaitkan Zulfahmi akan beralih kepada perlumbaan Superbike Dunia iaitu perlumbaan terkemuka selepas MotoGP.

Razlan ketika ditemui pemberita di Pusat Media SIC di sini berkata sebagai pelumba berpengalaman, Zulfahmi boleh menjadi mentor kepada pelumba pelapis khususnya kepada mereka yang bersaing dalam Piala Bakat Asia Shell Advance, CEV Repsol dan MotoGP sendiri.

Prestasi tidak menentu Zulfahmi musim ini menyaksikan dia kini menduduki tangga ke-23 keseluruhan ketika hanya berbaki dua pusingan lagi dalam sirkit dunia itu iaitu di Sepang hujung minggu ini diikuti Valencia dari 6-8 Nov nanti.

Pencapaian terbaik Zulfahmi adalah pada musim 2012 apabila menduduki tangga ketujuh sebelum merosot ke tangga ke-12 pada 2013 dan 20 tahun lepas.

Zulfahmi ketika ditemui berkata beliau mungkin beralih ke perlumbaan kelas lain tahun depan dan berazam mahu menempatkan dirinya dalam kelompok lima terbaik pada perlumbaan di Sepang yang bermula esok hingga Ahad ini.

"Perlumbaan hujung minggu ini adalah perlumbaan terakhir saya dalam Moto3 di tempat sendiri dan saya akan buat yang terbaik," katanya.

Untuk rekod, Zulfahmi pernah mendapat penamat podium di GP Malaysia 2012 apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang juara dunia Moto3 ketika itu Sandro Cortese.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan