Rosberg Bermula Di Petak Pertama GP Rusia

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 7:05 AM

Rosberg (kiri) akan memulakan perlumbaan di petak pertama pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

SOCHI: Pemandu Mercedes, Nico Rosberg menyambar pertama Grand Prix Rusia di sini pada Sabtu, mengatasi pencabar kejuaraan yang juga rakan sepasukan, Lewis Hamilton.

Rosberg mencatat kelajuan satu minit 37.113 saat pada sesi kelayakan, lebih pantas 0.310 saat berbanding Hamilton yang menduduki tempat kedua.

Pemandu utama perlumbaan berdepan keadaan tidak menentu menjelang kelayakan selepas hujan membasahi litar,

Malah turut berlaku beberapa kemalangan termasuk membabitkan pemandu Toro Rosso, Carlos Sainz.

"Sangat gembira. Ia minggu yang sukar kerana tempoh kelayakan singkat," kata Rosberg.

Kejayaan Rosberg menyambar petak pertama itu sekali gus menghalang Hamilton memenangi posisi tersebut buat kali ke-50 sepanjang kerjayanya dan ke-12 musim ini.

Berikut adalah kedudukan permulaan GP Russia pada Ahad: 

Barisan depan: Nico Rosberg (Jerman/Mercedes); Lewis Hamilton (Britain/Mercedes) 

Kedua: Valtteri Bottas (Finland/Williams); Sebastian Vettel (Jerman/Ferrari) 

Ketiga: Kimi Raikkonen (Finland/Ferrari); Nico Hülkenberg (Jerman/Force India) 

Keempat: Sergio Perez (Mexico/Force India); Romain Grosjean (Peracnis/Lotus) 

Kelima: Max Verstappen (Belanda/Toro Rosso); Daniel Ricciardo (Australia/Red Bull) 

Keenam: Daniil Kvyat (Rusia/Red Bull); Felipe Nasr (Brazil/Sauber)

Ketujuh: Jenson Button (Britain/McLaren); Pastor Maldonado (Venezuela/Lotus) 

Kelapan: Felipe Massa (Brazil/Williams) Marcus Ericsson (Sweden/Sauber) 

Kesembilan: Will Stevens (Britain/Marussia) Roberto Merhi (Sepanyol/Marussia) 

Kesepuluh: Fernando Alonso (Sepanyol/McLaren) 


Tags / Kata Kunci: GP Rusia , F1

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan