MotoGP: Pedrosa Rangkul Trofi Juara Pertama 2015 Di Motegi

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Honda, Dani Pedrosa merangkul trofi pertama perlumbaan MotoGP selepas lebih setahun tanpa sebarang gelaran juara.

Lebih manis, kejayaan Pedrosa dicatat di tempat lahir jenteranya, Honda di Litar Twin Ring Motegi dalam saingan Grand Prix Jepun yang berakhir pada Ahad.

Pedrosa, menamatkan saingan dengan catatan masa 46'50.767 meninggalkan dua pelumba Movistar Yamaha Valentino Rossi di tempat kedua dengan (+8.573), Jorge Lorenzo, Marc Marquez (Repsol Honda) manakala tempat kelima pelumba Ducati, Andrea Dovizioso.

Pelumba Sepanyol itu memulakan aksi di petak keenam namun berjaya berada di tempat keempat pada lap pertama.

Dengan baki sembilan pusingan selepas itu, Pedrosa mula memintas Rossi dan Lorenzo dan teus menguasai perlumbaan hingga ke lap terakhir.

Kemenangan ini menjadikan Pedrosa kembali merekodkan senarai kemenangan setelah kali terakhir bergelar juara pada Ogos 2014 di Litar Brno pada aksi MotoGP Czech.

Bagaimanapun, kemenangan Pedrosa tidak menghalang Rossi untuk mengukuhkan kedudukan di tempat pertama dalam senarai pelumba keseluruhan dengan 283 mata, diikuti Lorenzo (265), ketiga pelumba Repsol Honda- Marc Marquez (197), Andrea Iannone (Ducati) dengan 172 dan tempat kelima Pedrosa dengan 154 mata.

Keputusan penuh MotoGP Grand Prix Jepun:

1. Dani Pedrosa Honda 46' 50.767

2.Valentino Rossi - Yamaha Factory+08.573

3. Jorge Lorenzo-Yamaha Factory+12.127

4.Marc Márquez-Honda +27.841

5.Andrea Dovizioso - Ducati Team+35.085

6. Cal Crutchlow CWM Honda+37.263

7. Bradley Smith - Yamaha Tech 3 +37.667

8. Katsuyuki Nakasuga- Yamaha+44.654

9. Héctor Barberá - Avintia Racing+48.572

10. Scott Redding - Estrella Galicia +50.121

11. Aleix Espargaró - Suzuki MotoGP+01' 00.535

12. Takumi Takahashi - Team HRC with Nissin+01' 01.211

13. Nicky Hayden - Aspar MotoGP Team+01' 11.261

14. Yonny Hernández -  Pramac Racing+01' 13.896

15. Mike Di Meglio-Avintia Racing+01' 15.421

16. Álvaro BautistaAprilia- Racing Team Gresini+01' 20.507

17. Eugene Laverty - Aspar MotoGP Team+01' 31.224

18. Stefan Bradl - Aprilia Racing Team Gresini+01' 46.833

19. Kousuke Akiyoshi - AB Motoracing+02' 00.072

20. Toni ElíasAthinà - Forward Racing+46.106

21. Pol Espargaró - Yamaha Tech 3 at 2 laps (DNF)

22. Jack Miller - CWM LCR Hondaat 8 laps (DNF)

23. Maverick Viñales - Suzuki MotoGPat 11 laps (DNF)

24. Loris BazAthinà- Forward Racingat 11 laps (DNF)

25. Andrea Iannone - Ducati Teamat 14 laps (DNF)

26. Danilo Petrucci - Pramac Racingat 16 laps (DNF)

Kedudukan terkini keseluruhan pelumba selepas MotoGP Grand Prix Jepun:



  DRIVERS PTS
1 V.Rossi  25 16 25 16 20 16 20 25 16 16 16 25 11 16         283
2 J.Lorenzo  13 13 11 25 25 25 25 16 13 20 25 13 0 25         265
3 M.Márquez  11 25 0 20 13 0 0 20 25 25 20 0 25 0         197
4 A.Iannone  16 11 13 10 11 20 13 13 11 11 13 8 9 13         172
5 D.Pedrosa  10 0 0   10 13 16 8 20 13 11 11 7 20         154
6 B.Smith  8 10 10 8 10 11 11 9 10 10 9 9 20 8         152
7 A.Dovizioso  20 20 20 7 16 0 0 4 0 7 10 16 8 11         150
8 C.Crutchlow  9 9 16 13 0 0 0 10 9 8 0 0 5 9         98
9 D.Petrucci  4 6 5 4 6 7 7 5 7 6 6 20 10 0         93
10 P.Espargaró  7 0 8 11 9 10 0 11 8 9 8 0 0 7         88
11 A.Espargaró  5 8 9 9 0 0 0 7 6 2 7 7 6 10         81
12 M.Viñales  2 7 6 5 7 9 10 6 5 5 0 5 2 5         74
13 S.Redding  3 0 7 3 0 5 9 3 0 3 4 10 16 4         73
14 Y.Hernández  6 0 0 6 8 6 0 2 4 4 5 0 0 6         49
15 H.Barberá  1 4 3 2 3 3 0 0 3 1 0 3 0 0         30
16 L.Baz      2   6 4 3 1 0 0 1 0 13 0         28
17 Á.Bautista    1 0 1 1 2 6 0 2 0 3 6 1 3         26
18 J.Miller    2 4   6 0 5 0 1 0 0 0 4 0         16
19 N.Hayden    3 0   8 0 0 0 0 0 0 4 0 1         16
20 S.Bradl      1   1 0 8 0 0 0 2 0 0 0         11
21 E.Laverty          2 1 4 0 0 0 0 0 0 2         9
22 K.Nakasuga                                      8
23 M.Pirro            8 0 0 0 0 0 0 0 0         8
24 M.Di Meglio              2 0 0 0 0 2 3 0         8
25 H.Aoyama    5 0   5 0 0 0 0 0 0 0 0 0         5
26 T.Takahashi                                      4
27 A.de Angelis              1 0 0 0 0 1 0 0         2
28 C.Corti                                      0
29 M.Melandri                                      0
30 K.Abraham                                      0

  






Tags / Kata Kunci: MotoGP , Dani Pedrona , MotoGP Jepun

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan