Sebastian Vettel Juara Grand Prix Singapura - F1 dan Motor | mStar

Sebastian Vettel Juara Grand Prix Singapura

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 10:45 PM

Sebastian Vettel.

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Ferrari Sebastian Vettel mendominasi Litar Marina Bay Street dari awal hingga akhir Grand Prix Singapura Ahad malam. 

Vettel yang memulakan perlumbaan di petak pertama diekori rapat pelumba Red Bull Daniel Ricciardo yang turut berada di barisan hadapan, sekaligus menamatkan aksi di kedudukan kedua.

Kejayaan merangkul trofi juara ketiga musim ini menyaksikan Vettel melakar rekod ke-42 kejuaraan Grand Prix, yang sebelum ini hanya dicatat Michael Schumacher dan Alain Prost.

Manakala rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen turut berada di podium selaku pemenang ketiga.

Sementara  itu, juara bertahan Lewis Hamilton gagal menamatkan saingan selepas jenteranya mengalami masalah ketika aksi pertengahan, namun rakan sepasukannya Nico Rosberg berjaya meraih tempat keempat.

Kerancakan perlumbaan itu sedikit tercalar dengan gangguan kereta keselamatan selepas seorang lelaki dilihat menceroboh litar.

Selain itu, pelumba McLaren, Jenson Button menarik diri sebelum perlumbaan berakhir selepas rakan sepasukannya dilaporkan mengalami masalah kotak gear pada jenteranya.

Valtteri Bottas mencatat kedudukan kelima untuk Williams, di hadapan Danii Kvyat (Red Bull)


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan