Hafizh Syahrin Tekad Tampil Prestasi Terbaik Pada GP San Marino

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 9:17 PM

Hafizh Syahrin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah tekad menampilkan prestasi terpuji pada Grand Prix (GP) San Marino hujung minggu ini, selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 pada sesi latihan kedua pada Jumaat.

Pelumba berusia 21 tahun itu yang berpuas hati dengan prestasi jenteranya, berkata keputusan sesi latihan itu memberi keyakinan kepadanya untuk mencatat masa sepusingan yang lebih baik pada sesi kelayakan hari ini.

"Motosikal ini dalam keadaan bagus tetapi kami masih perlu berusaha agar jentera ini lebih baik untuk sesi kelayakan dan perlumbaan pada Ahad," kata pelumba Pembangunan Bakat Petronas itu dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia, beliau mencatat masa terpantas sepusingan 1:38.224 saat di Litar Misano World. 

Sementara itu, pengurus pasukan Barry Leong berkata prestasi Hafizh pada sesi latihan kedua adalah lebih baik ekoran jenteranya yang semakin mantap serta dapat menguasai litar dengan lebih sempurna.

"Hafizh dan pasukan perlu memberi tumpuan bagi mengekalkan momentum untuk sesi kelayakan," katanya.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman daripada Idemitsu Honda Team Asia, hanya menduduki tempat ke-19 selepas mencatat 1:38.598s pada sesi latihan kedua.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Hafizh Syahrin , San Marino

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan