Moto3: Khairul Idham Tampil Aksi Wildcard Di Aragon

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 8:09 PM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA muda berbakat negara, Khairul Idham Pawi bakal merealisasikan impian yang menjadi idaman kebanyakan pelumba apabila akan tampil buat pertama kali dalam saingan Moto3 Grand Prix Dunia atas tiket wildcard pada pusingan ke-14 di Litar Motorland, Aragon, Sepanyol pada 27 September depan.

Malah berita baik itu turut berlangsung hanya seminggu selepas hari lahir Khairul Idham yang akan genap berusia 17 tahun pada 20 September depan.

Pelumba Honda Team Asia itu diberikan peluang beraksi atas tiket wildcard berikutan aksi cemerlang di dalam Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV Repsol FIM 2015 di mana selepas enam pusingan, Khairul berjaya meraih tiga podium iaitu ketika muncul naib juara di Le Mans dan Perlumbaan 1 di Barcelona serta kedudukan ketiga pada Perlumbaan 2.

Juara perlumbaan kategori Asia Dream Cup Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2014 itu kini berada di tangga ketika keseluruhan dengan 80 mata, hanya 26 mata ketinggalan kepada pendahulu yang lebih berpengalaman, Aron Canet Babero (106 mata) dan Joan Mir Mayrata (100 mata).

Bercakap tentang penampilan pertama di pentas kejuaraan dunia Moto3, Khairul berkata, "Saya gembira kerana akan tampil buat pertama kali dalam Kejuaraan Dunia ini di Litar Motorland, Aragon.

"Honda memberi tiket wildcard ini kepada saya dan saya akan mencuba yang terbaik untuk pasukan Honda Team Asia. Saya berterima kasih kepada Honda dan juga Boon iew Honda kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada saya".

Tags / Kata Kunci: Khairul Idham Pawi , Moto3

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan