Ferrari Sambung Kontrak Raikkonen Sehingga 2016

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 3:14 PM

(Ubah saiz teks)

FERRARI mengesahkan Kimi Raikkonen akan terus bergandingan dengan Sebastian Vettel dalam aksi perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2016.

Pengesahan tersebut sekaligus menutup khabar angin mengenai Raikkonen yang dikaitan dengan pasukan, Valtteri Bottas, Force India dan Red Bull.

Scuderia membuat keputusan untuk menyambung kontrak musim depan kepada juara dunia 2007 itu.

"Scuderia Ferrari telah memperbaharui kontrak bersama Kimi Raikkonen.

"Barisan pelumba musim depan masih sama, Raikkonen dan Vettel".

Raikkonen mempamerkan aksi hambar musim ini apabila hanya mencatat 76 mata berbanding Vettel yang mengutip 160 mata selepas sepuluh perlumbaan.

Malah Vettel berjaya meraih dua trofi juara perlumbaan musim ini di Grand Prix Malaysia dan Hungary.

Bulan lalu, Raikkonen mendedahkan dia akan terus bersama pasukan ini.

Tags / Kata Kunci: Kimi Raikkonen , Ferrari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan