Cub Prix: Ahmad Idham Yakin Kejar Pendahulu

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 7:27 PM

Ahmad Idham (kanan) ketika memenangi perlumbaan di Terengganu.

(Ubah saiz teks)

AHMAD Idham Khairuddin yakin mampu merapatkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu, Aznil Mohd Ali di dalam saingan Cabaran Honda Future pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, hujung minggu ini.

Adik kepada pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin itu terlepas kedudukan podium sewaktu pusingan lepas di Melaka dan kini menghuni tangga kedua keseluruhan dengan 92 mata manakala Aznil di kedudukan teratas dengan 110 mata.

Meskipun begitu, jurang 18 mata tidak mendatangkan kebimbangan buat Idham dan pelumba itu percaya mampu memberikan saingan berdasarkan pencapaian meraih podium di kesemua empat pusingan awal.

Malah, pengalaman ditimba sewaktu beraksi atas tiket wildcard dalam saingan Asia Talent Cup di Litar Sepang baru-baru ini turut menjadi pengalaman berharga yang dapat digunakan pada baki saingan musim 2015 ini.

"Saya memulakan musim ini dengan begitu baik dengan meraih banyak podium namun masih berada di belakang Aznil. Saya rasa kunci utama untuk berada di atas adalah konsisten memandangkan dia berjaya memenangi dua perlumbaan dan tidak pernah menamatkan saingan di bawah kedudukan lima terbaik. Saya pula hanya berjaya memenangi satu perlumbaan sewaktu di batu Kawan," jelas Idham.

"Saya akan meneruskan strategi yang digunakan sepanjang lima pusingan lepas dengan melakukan perubahan dan meningkatkan prestasi dari satu sesi ke satu sesi lain. Malah saya juga percaya aksi wildcard di Sepang baru-baru ini juga memberi pengalaman dan pendedahan berguna untuk saya meneruskan saingan di Kejuaraan Cub Prix ini sehingga ke penghujung musim".

Tags / Kata Kunci: Ahmad Idham , Cub Prix

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan