Zulfahmi Pamer Aksi Memberangsangkan Di GP Indianapolis

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 2:57 PM

Zulfahmi mempamer kejutan dengan prestasi kelayakan di GP Indianapolis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 Malaysia, Zulfahmi Khairuddin melakukan kejutan dengan mempamerkan prestasi kelayakan terbaik musim ini untuk bermula di barisan hadapan Grand Prix Indianapolis.

Ini merupakan julung kali penunggang pasukan Drive M7 SIC Racing Team itu bermula di barisan hadapan sejak berada di petak pertama Grand Prix Malaysia pada tahun 2012, satu lagi pencapaian besar selepas pusingan ke-10 musim ini.

Pelumba berusia 23 tahun ini berada di tempat ke-10 pada sesi latihan di sebelah pagi sebelum melintasi garisan penamat di tempat ketiga dalam pusingan kelayakan dengan catatan satu minit 40.811 saat.

"Saya rasa amat berkeyakinan menjelang sesi kelayakan dan apabila kami memulakan sesi, saya benar-benar berasa selesa menunggang dan saya berjaya bermula dengan pantas. Saya amat berterima kasih kepada pasukan, terutamanya kru yang bekerja keras, dan menaruh keyakinan terhadap saya," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, rakan sepasukan beliau, Jakob Kornfeil dari Republik Czech  menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-16 dengan catatan 1:41.474s.

Pengurus pasukan Drive M7 SIC Racing Team Johan Stigefelt, yang terus bersikap positif sepanjang musim ini, benar-benar gembira dengan keputusan yang dicapai terutamanya oleh Zulfahmi.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Zulfahmi Khairuddin , Indianapolis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan