KL City Grand Prix Mula Mengaum Di Ibu Kota

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 9:11 AM

Pelumba Lamborghini Super Trofeo Asia menjalani latihan berlatarbelakang Menara Berkembar Petronas sempena perlumbaan kereta supersports, KL City Grand Prix yang bermula pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Deruman enjin kereta-kereta berkuasa tinggi yang menyertai perlumbaan KL City Grand Prix di atas jalan-jalan raya Kuala Lumpur semakin membangkitkan rasa teruja di kalangan warga kota.

Walaupun sesi latihan yang sepatutnya bermula pukul 8.45 pagi ini ditangguhkan kepada pukul 2 petang, orang ramai terus setia untuk menyaksikan sendiri kehebatan pelumba-pelumba handalan tempatan dan antarabangsa dalam acara yang julung kali diadakan itu.

Para pengunjung begitu teruja kerana dapat melihat dan menyentuh kereta idaman masing-masing secara dekat berbanding hanya menatap melalui kaca televisyen sebelum ini.

Seorang pengunjung, Zaadah Mansor, 53, yang datang bersama-sama suaminya berkata orang ramai seharusnya memberi sokongan penuh kepada penganjuran acara itu memandangkan ia sukan permotoran pertama diadakan di ibu kota.

Si cilik antara yang teruja menyaksikan perlumbaan ini.

"Tidak dapat dinafikan perasaan teruja itu kerana melihat kepada persediaan trek perlumbaan, saya yakin perlumbaan ini bakal menjadi satu sejarah hebat buat negara," katanya.

Zaadah yang juga ibu kepada pelumba GP negara, Afiq Ikhwan Yazid, 24, hadir memberikan sokongan moral buat anaknya yang mewakili pasukan Star Speed Racing dalam kategori Lamborghini Super Trofea.

Seorang lagi pengunjung, Azmi Musa, 47, yang merupakan peminat setia sukan permotoran menjadikan perlumbaan itu sebagai satu platform aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu.

Pasukan Toshiyuki Ochiai dari Jepun turut beraksi pada festival ini. 

"Bukan sahaja saya dapat melihat kereta-kereta hebat memecut secara langsung, malah dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga," katanya.

KL City GP, festival perlumbaan kereta supersports di litar yang dikhaskan sepanjang jalan raya utama di Kuala Lumpur, berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

Ia menyaksikan pelbagai perlumbaan kereta GT seperti Lamborghini Super Cup, Formula Masters, Porsche Carrera Cup dan Audi R8 LMS Cup selain demonstrasi lima pasukan terbaik siri supercars V8.

Perlumbaan itu akan bermula di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan melalui Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pinang serta berakhir di KLCC. 

Tags / Kata Kunci: KL City Grand Prix

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan