KL GP: Afiq Bermula Di Petak Pertama Esok - F1 dan Motor | mStar

KL GP: Afiq Bermula Di Petak Pertama Esok

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 3:47 PM

Afiq Ikhwan Yazid

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Afiq Ikhwan Yazid akan memulakan aksi dari petak pertama Perlumbaan 2 Lambourghini Super Trafeo Asia pada KL City Grand Prix 2015, Ahad.

Bagaimanapun, pada Perlumbaan 1 hari ini, Afiq akan bermula dari barisan kedua selepas menamatkan perlumbaan pada tempat ketiga dengan masa satu minit 25.037 saat, 0.579 saat di belakang Yuan Bo/Edoardo Liberati yang mencatat pusingan terpantas 1:24.458s.

Kazuki Hiramine dari Jepun menduduki petak kedua dengan masa 1:24.777s.

Pada Kelayakan 2 nanti, Afiq dari pasukan Starspeed Racing yang menyambut hari jadi ke-24 hari ini, perlu mempercepatkan jenteranya bagi merebut petak pertama selepas mencatat pusingan terpantas dengan catatan masa 1:23.989s.

Menyertai Afiq di barisan hadapan ialah Hiramine dengan masa 1:24.752s, manakala seorang lagi pemandu Jepun, Yudai Uchida, meraih tempat ketiga dengan catatan 1:26.085s.

Sesi Kelayakan 1 menentukan kedudukan petak pertama untuk Perlumbaan 1 yang dijadualkan pada 4.20 petang ini, manakala Kelayakan 2 menentukan kedudukan grid untuk Perlumbaan 2 yang akan diadakan pada 1.25 tengah hari esok.

Selain Super Trofeo, Afiq juga akan beraksi pada Piala KL GT di bawah kategori GTM.-- Bernama


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan